Label 10

Home » » Konsep Wasatiyyah Terbaik Untuk Keharmonian Negara ! Tahniah PM !

Konsep Wasatiyyah Terbaik Untuk Keharmonian Negara ! Tahniah PM !

Written By AAKJ on Sunday, January 22, 2012 | 6:29 PM

Pada 17hb Januari 2012, Perdana Menteri Dato' Sri Najib telah mengumumkan dan melancarkan penubuhan Institut Wasatiyyah. Institut berkenaan akan beroperasi sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri.
Untuk ikuti ucapan penuh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucap tama di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM), KLIK SINI ke website rasmi PM.
Ramai yang bertanya pada aku, apa itu wasatiyyah. Wasatiyyah ini bermaksud kesederhanaan. Kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.
MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab,wasat, membawa tiga makna, iaitu:
to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.

Hebatnya Islam jika kita dapat memahami dan mempraktikkan didalam kehidupan seharian kita. Jika ianya dipraktikkan, semestinya tidak ada pelampau atau ekstrimis dikalangan masyarakat beragama Islam. Sudah pasti aktiviti berguling-guling dan tidur dijalanan serta merosakkan harta awam tidak akan terjadi dari kalangan masyarakat beragama Islam.
Konsep Wasatiyyah ini telah lama dirancang dan diperhalusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara yang terlibat didalam memperhalusi dan mengkaji konsep Wasatiyyah ini adalah Dr Ridhuan Tee Abdullah. Aku difahamkan proses meneliti konsep wasatiyyah ini hampir 5 bulan. Begitu teliti Najib dalam mengadaptasikan sesuatu konsep didalam pemerintahan beliau terutama yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.
Komen dari Dr Ridhuan Tee didalam penulisan beliau;
" konsep ‘wasatiyyah’ ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang mahu melahirkan masyarakat berimbang (sederhana), berteraskan perlembagaan persekutuan. Seperti gagasan 1Malaysia, konsep ini bukanlah sama rata dan sama rasa atau terletak di tengah-tengah seperti tidak miskin atau tidak kaya, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, persimpangan antara syurga dan neraka, tidak pandai atau tidak bodoh yakni sederhana sahaja. Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling. "
" konsep ini juga selari dengan tuntutan semua agama, tidak hanya kepada agama Islam. Lawan kepada wasatiyyah adalah ultra atau ekstrim, termasuk kumpulan ultra kiasu. Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, terhingga melupakan dunia. Apapun, kena berimbang. Nabi pernah menegurkan beberapa sahabat yang terlalu mementingkan akhirat sehingga melupakan nikmat dunia, misalnya tidak mahu berkahwin kerana ada yang menganggap perkahwinan itu hanyalah mainan dunia sehingga boleh melalaikan tanggungjawabnya kepada pencipta. Tetapi Nabi juga berkahwin, bermakna dunia adalah jambatan ke akhirat. Jadikanlah kehidupan  dunia sebagai yang terbaik untuk mendapat habuan di akhirat. "
The best way for a Muslim to behave is in moderation. In trying to explain the importance of moderation, Imaam Ibn Al-Atheer said:
"Every good manner has two extreme and bad sides. For example, generosity, a good and moderate behavior, comes between two bad behaviors, on one side stinginess and on other side overspending. Braveness, another good and moderate behavior, comes between two bad behaviors on one side cowardness and on other side carelessness. So humans have been ordered to avoid all bad behaviors; by staying away from two bad behaviors, a person will be exactly in the middle which is the farthest point from each extreme."(Imam Mohamed Baianonie, 2010)


TAZKIRAH GITAR KARAN SIKIT DEH :

SAMBIL-SAMBIL JAMU HALWA TELINGA..SAMBIL BACA DAN RENUNGKAN YEE..JANGAN LALAI HINGGA KEPALA PUN ANGGUK-ANGGUK..GELENG-GELENG DENGAR AMBO MAIN GITAR NIH HUHU OPSSS


Hadis riwayat Amru bin Auf r.as..: 

Bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut jizyahnya (upeti), karena Rasulullah saw. telah mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Bahrain dan mengangkat Alaa' bin Hadhrami sebagai gubernurnya. Kemudian Abu Ubaidah kembali dengan membawa harta dari Bahrain. 

Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah lalu melaksanakan salat Subuh bersama Rasulullah saw. Setelah salat, beliau beranjak lalu mereka menghalanginya. Ketika melihat mereka beliau tersenyum dan bersabda: Aku tahu kalian telah mendengar bahwa Abu Ubaidah telah tiba dari Bahrain dengan membawa harta upeti. 

Mereka berkata: Benar, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Bergembiralah dan berharaplah agar mendapatkan sesuatu yang menyenangkan kamu sekalian.

Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khawatirkan terhadap kalian, tetapi yang aku khawatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka 

Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5261


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Ketika seorang dari kalian memandang orang yang melebihi dirinya dalam harta dan anak, maka hendaklah ia juga memandang orang yang lebih rendah darinya, yaitu dari apa yang telah dilebihkan kepadanya 

kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5263


MEHH BACA DI SINI KGC ONLINE ADA DETAILNYA :




BERSAMBUNG PULOPS....

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger