Label 10

Home » » JOM BERDEMO D PARKING KERETA MAHKAMAH !! TAHNIAH DATO HISYAM !! keh keh batuk wehhH !!

JOM BERDEMO D PARKING KERETA MAHKAMAH !! TAHNIAH DATO HISYAM !! keh keh batuk wehhH !!

Written By AAKJ on Friday, January 6, 2012 | 5:51 PM


Pihak Polis tidak mengharamkan Parti Keadilan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan menyokong Anwar Ibrahim pada Isnin depan ditempat yang sesuai. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga menyatakan pihak Polis juga telah bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama pucuk pimpinan PKR yang mana dikatakan Azmin Ali wakil penganjur pada perhimpunan 901 tersebut.

Kenyataan oleh Ketua Polis Negara juga turut menjelaskan bahawa pihak Polis tiada halangan sekiranya para penyokong Anwar Ibrahim untuk berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada pemimpin mereka itu. Namun demikian penganjur perhimpunan mestilah mematuhi undang undang yang sedia ada dan tidak melakukan pekara yang boleh mencetuskan ketenteraman awam.

Kenyataan PDRM ini juga selaras dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini yang mana menyatakan pihak polis akan bertindak mengikut semangat penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011dalam menangani demonstrasi pembangkang itu.




Hehehe aakj malas nak kata apa..cuma kalu terjadi apa2 yang tak diingini maka aakj rasa dah cukuplah dok backing polis selama ini dalam semua isu anjing2 kurap dok hina polis !!

Sendiri mau ingat...demo politik..demo lepaskan pesalah..demo rakyat d ambil tanah..demo masjid nak d runtuhkan semuanya berbeza...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger