JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.
Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.
Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.
Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.
“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.
“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.
“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.
“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.
“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.
Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.
Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.
Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.
Sumber : metro
Home »
» GEMPAR !! PENEMUAN HABLUR EMAS D KAMPUNG MELAYU MAJIDEE !!
+ comments + 3 comments
Terkini Mengenai Emas Kampung Melayu
Jabatan Mineral dan Geosains negeri pula mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai ‘emas tipu’ akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid. Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara. Selalunya, emas hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing.
tq 4 info bos
Post a Comment