Label 10

Home » » BR1M !! 50% MULA TERIMA DAN BAGAIMANA NAK SEMAK STATUS ANDA !! TQ BN !

BR1M !! 50% MULA TERIMA DAN BAGAIMANA NAK SEMAK STATUS ANDA !! TQ BN !

Written By AAKJ on Monday, January 16, 2012 | 4:28 PM

Lebih 50% Penerima Awal BR1M Mula Terima Bayaran

IPOH – Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai Ahad.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.
“Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini.
Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai Ahad.
Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.
Beliau berkata tempoh pembayaran skim BR1M akan dilaksanakan selama dua bulan mulai hari ini hingga 15 Mac, bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tidak ada pemohon yang layak menerimanya tercicir.
Semua penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk baucar tunai RM500 dan mereka boleh menunaikan baucar itu di kaunter-kaunter bank Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank yang ditempatkan pada majlis penyerahan.
Selain itu baucar tunai yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April depan juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut di seluruh negara.
Ahmad Husni berkata dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua rakyat menikmati pembangunan itu. – BERNAMA

KEPADA YANG NAK BUAT SEMAKAN SILA KE SINI :
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 16, 2012 at 4:50 PM

Mohon Pautkan blog pemuda.tq
http://hujahpemuda.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger