Bila tercetusnya isu liwat ini pada tahun 2008 Gomo dan rakan rakan Blogger waktu itu menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Saiful Bukhari melalui medium Blogg. Setiap hari kami membela Saiful Bukhari kerana tahu apa yang dinyatakan Saiful Bukhari bahawa beliau telah diliwat Anwar Ibrahim adalah benar sama sekali berdasarkan kecurangan Anwar Ibrahim yang awal awal lagi melarikan diri ke kedutaan Turkey untuk bersembunyi.
Kami rakan blogger tidak pernah berjumpa sebelum itu dengan Saiful Bukhari, namun pada hari pertama kes liwat dibicarakan di Mahkamah iaitu pada tanggal 7 hb Ogos tahun 2008 kami dipertemukan dengan mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari. Turut bersama dengan Gomo dalam menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Saiful Bukhari adalah rakan Blogger Parpu Kari, RBF Online, Gerakan Anti PKR, Darul Ehsan Today dan juga Kumbang AIDC.
Pada waktu itu Blogg kami tidak lah dikenali sepertimana sekarang ini, pemimpin politik juga tidak lah mengenali kami dan mengetahui perjuangan kami. Pendek kata waktu nitu kami hanyalah Blogger jalanan yang memperjuangkan keadilan buat Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim.
teruskan d gomo :
Post a Comment