Label 10

Home » » wOO !! PADERI TAK PUASHATI MELAYU ISLAM JADI PENGETUA SEKOLAH KATOLIK ?!!

wOO !! PADERI TAK PUASHATI MELAYU ISLAM JADI PENGETUA SEKOLAH KATOLIK ?!!

Written By AAKJ on Sunday, December 18, 2011 | 7:27 AM

Lantik Muslim pengetua SMK Convent Bukit Nanas cetus rasa tidak senang 
Oleh Debra Chong 

December 17, 2011 KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bagi Katolik Malaysia, langkah terbaru Putrajaya melantik seorang Melayu-Muslim sebagai pengetua SMK Convent Bukit Nanas (CBN), sekolah berprestij di Malaysia, mencetuskan kebimbangan baru kemungkinan usaha mengetepikan hak dan sumbangan gereja aliran itu di negara ini.


Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam membangkitkan pertikaian antara pemilik sekolah berusia 112 tahun itu dan Kementerian Pelajaran ekoran kehadiran mengejut pengetua baru, Datin Seri Zavirah Mohd Shaari.

“Pelantikan pengetua CBN bukan sahaja bertentangan dengan dasar kerajaan berkenaan perundingan maksimum tetapi juga memberi gambaran ia juga strategi kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah mubaligh bagi mengetepikan status, etos dan ciri-ciri khas sekolah mubaligh khususnya CBN,” kata Pakiam (gambar) dalam satu kenyataan disiarkan dalam akhbar Katolik, The Herald.

Justeru, beliau merayu kepada Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud agar mempertimbangkan semula keputusan dan melantik seorang yang sesuai dicalonkan oleh pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order.

CBN dianggap sebagai antara sekolah paling terbaik di kalangan sekolah-sekolah rahib negara ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger