Label 10

Home » » PECAT HASSAN ALI DAN USTAZ NASA !! PUKIKINI DALANG ?!! PAS MENJALANG ?!

PECAT HASSAN ALI DAN USTAZ NASA !! PUKIKINI DALANG ?!! PAS MENJALANG ?!

Written By AAKJ on Sunday, December 18, 2011 | 8:33 AM

Siapakah dalang disebalik serangan Malaysiakini terhadap 2 pemimpin PAS ini?

PAS lancar 'perang' pada Hasan, Nasha

Jimadie Shah Othman
5:29PM Dis 16, 2011

PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Malah, Harakah minggu depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaiaan secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam termasuk PAS dan Umno.

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.



http://www.malaysiakini.com/news/184334


*Selagi Dr. Hasan dan Ustaz Nasha tak dipecat, selagi tu lah serangan kepada mereka berdua berterusan dari pelbagai arah termasuk Malaysiakini dan Harakah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger