Label 10

Home » » TAHNIAH UPSI !! PELAJAR YANG SONDOL PWTC D PANGGIL MENGADAP !!

TAHNIAH UPSI !! PELAJAR YANG SONDOL PWTC D PANGGIL MENGADAP !!

Written By AAKJ on Saturday, December 24, 2011 | 11:57 AM


Tahniah diucapkan kepada pentadbiran UPSI kerana mengambil langkah segera memanggil pelajarnya, Adam Adli untuk dihadapkan ke jawatankuasa pendengaran tatatertib universiti itu pada 9 Januari 2012. 

Tindakan Adam menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri di PWTC pada 17 Disember lalu telah menjadi isu nasional, menjejaskan imej UPSI dan mengganggu ketenteraman awam. Maka wajar UPSI menyelesaikan isu ini segera.

Notis pendengaran tatatertib telah diterima Adam ketika beliau membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi siang tadi, disampaikan oleh seorang kakitangan UPSI.

Semua pihak mahu isu ini tidak terus-terusan dipolemikkan. UPSI juga pastinya mahu menjaga nama baiknya sebagai sebuah institusi tertua dan terunggul melahirkan tenaga pendidik anak bangsa. Agak malang bagi UPSI kerana mempunyai seorang pelajar bernama Adam Adli yang dididik untuk menjadi pendidik, sebaliknya menjadi pemberontak yang bersekongkol dengan agenda politik parti pembangkang.

UPSI mempunyai integritinya sendiri. Tidak wajar mana-mana pihak menyekat institusi pengajian itu untuk bertindak terhadap pelajar yang telah menunjukkan sikap buruk dan biadap sehingga menjatuhkan integritinya. UPSI berjuang melahirkan tenaga pendidik bermaruah dan bertamadun, bukannya pendidik yang rendah akhlak dan menjunjung undang-undang rimba.

Semoga ketegasan UPSI dalam menangani isu Adam Adli ini dijadi pengajaran betapa pentingnya golongan mahasiswa memelihara adab di dalam negara berdaulat dan bermaruah ini. Adab itulah yang bakal diterapkan kepada anak didik apabila mereka masuk ke dunia persekolahan nanti sebagai seorang pendidik.



TQhttp://khusairitgmalim.blogspot.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger