Pas hanya pandai bercakap, pandai berbohong. Jelas kerajaan Pas Kedah bukan saja gagal bertindak dan mentadbir malah tidak sensetif dengan agama apabila membuat keputusan merobohkan sebuah madrasah yang berusia lebih 100 tahun demi untuk membina kompleks membeli belah”, demikian menurutn Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim.
Tegas beliau Pemuda UMNO tidak menolak pembangunan di kawasan itu tetapi kesal dengan tindakan merobohkan madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun.
Tegas beliau Pemuda UMNO tidak menolak pembangunan di kawasan itu tetapi kesal dengan tindakan merobohkan madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun.
“Kalau kerajaan Pas Kedah bijak dan sensetif mereka sepatutnya membangunkan semula madrasah ini dengan wajah baru seiring dengan pembinaan hotel dan pusat membeli belah di sebelah madrasah ini.
“Ini bukan tidak boleh dilakukan… sebagai contoh ada pusak membeli belah yang besar diKuala Lumpurtapi mereka tak robohkan kuil yang ada di situ. Kenapa kerajaan Pas Kedah yang kononnya lantang memperjuangkan Islam tapi dalam hal ini seperti orang tak cerdik”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau lagi walaupun madrasah yang dirobohkan ini akan digantikan dengan surau di pusat membeli belah namun ia sudah tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di surau itu oleh masyarakat.
“Lagipun tapak madrasah ini telah diwakafkan untuk pembinaan surau. Jadi tindakan kerajaan Pas untuk merobohkan madrasah ini dilihat tidak wajar. Kita yakin agama lain pun tidak akan setuju jika rumah ibadat mereka dirobohkan,” ujarnya.
Justeru beliau berkata Pemuda UMNO menyokong Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini yang akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu. -MediaUMNO
Post a Comment