TQ MB Khalid. Bumi dipijak milik orang.
Dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 23 September 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan beberapa permohonan tapak tanah untuk pembinaan SJKC Yak Chee, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katolik (SMJK) dan Sekolah Autisme.
Exco Kanan Selangor, Teresa Kok dengan bangganya mengumumkan tentang pemberian tapak tanah untuk SJKC Yak Chee, SMJK Katholik dan Persatuan Autisme Malaysia. Ketiga-tiga bidang tanah tersebut terletak di Taman Tasik Prima, Puchong.
Keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri antara lain berbunyi, Bersetuju mengadakan satu tapak SJK Yak Chee (2) di Taman Tasik Prima bernombor Lot.65768 seluas 4.12 ekar dan SJMK Katholik (2) di Taman Tasik Prima bernombor Lot 65766 seluas 6.8 ekar.
Menariknya, pemberian tanah tersebut sebagai tanda PERMOHONAN MAAF KERAJAAN NEGERI di atas tindakan pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Dream Centre di mana Gereja Methodist Damansara Utama menganjurkan ‘Thanksgiving Annual Dinner’ pada 3 Ogos 2011.
Warisan 2057
Post a Comment