Pada mulanya NGO merancang untuk mengadakan demo. Namun apabila dinasihatkan oleh pihak berkuasa, mereka membatalkan dan hanya bertemu rakyat untuk membawa perkara ini kepimpinan kerajaan negeri.
| NGO dan rakyat bertemu.. |
| Sempat lagi posing untuk ambil gambar.. |
| Mereka cuba menerangkan nasib penduduk.. |
Niat mereka berkumpul, hanya satu. Mahu membela rakyat Sungai Petani yang terhimpit dengan masalah yang agak serius ini.
Bayangkan pengangkutan awam yang hampir 50 tahun wujud, tiba-tiba dibatalkan begitu saja. Tanpa ada gantinya. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat hal ini. Bukan dengan membiarkan rakyat derita baru bertindak.
| makcik ni menangis memikirkan bagaimana caranya dia mahu pulang kerumah jika bas tiada? Apakah ada teksi dengan bayaran RM 2? |
Apa yang dihadapi oleh makcik ini (seorang warga emas) akan dihadapi oleh beribu-ribu lagi penduduk Sungai Petani. Mc malas nak mengulas panjang, video dibawah menjelaskan segalanya..
TQ McTheory:
Kerajaan kebajikan? Celah mana kebajikan!!
Post a Comment