Label 10

Home » » SELANGOR !! GAMBAR PENDUDUK BERHIMPUN DEPAN PEJABAT KALID GAGAP !!

SELANGOR !! GAMBAR PENDUDUK BERHIMPUN DEPAN PEJABAT KALID GAGAP !!

Written By AAKJ on Thursday, December 22, 2011 | 11:47 AM



SHAH ALAM, 20 DIS : Kira-kira 150 orang penduduk di Cheras hari ini berhimpun di pejabat Menteri Besar Selangor bagi menghantar surat bantahan mereka kepada Khalid Ibrahim.

Surat bantahan itu dibuat berikutan Khalid Ibrahim gagal mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum meluluskan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras.

Bagaimanapun surat bantahan itu hanya diterima oleh wakil kerajaan negeri, Pegawai Komunikasi Menteri Besar Incorporated (MBI), Noor Amin Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Segar Jaya 2 & 3, Datuk Eadon Ching berkata, surat bantahan itu juga bertujuan mendesak Khalid Ibrahim tampil memberitahu penduduk perkara sebenar serta mendengar taklimat dari Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, taklimat itu juga bagi mendengar rintihan penduduk sekali gus menangani keresahan penduduk sebelum memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad untuk melaksanakan projek itu.

Beliau menegaskan jika projek bernilai RM91 juta itu diteruskan, penduduk bakal menghadapi pelbagai kesan negatif seperti masalah penyakit, harga tanah dan bangunan jatuh, serta keadaan tanah yang tidak stabil.

"Harap kita boleh ada satu taklimat dengan IKRAM dan TNB, selama ni kami ada bagi banyak cadangan kepada TNB tapi dia tak jujur kerana ada banyak perkara yang mereka tak terangkan kepada MB," katanya memberitahu Antarapos.com ketika ditemui di perkarangan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Ching turut menyelar ADUN Teratai Janice Lee yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawabnya berikutan gagal menyerahkan surat bantahan itu selepas ia diserahkan kepada beliau sejak tahun 2008 lagi. 

"Kami juga mahu meluahkan rasa tak puas hati kepada ADUN Teratai, Janice Lee kerana beliau telah mengkhianati kami kerana kita ada menghantar memorandum kepada MB melalui beliau tapi memo itu tidak sampai kepada MB," katanya.

Jelasnya, taklimat berhubung projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras itu akan diadakan pada 26 Disember ini pada jam 10.00 pagi dan bertempat di Cemara Flat, Jalan Bukit Segar Jaya.

Hadir sama pada taklimat itu nanti adalah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, ADUN Teratai, Jenice Lee, dan Yang diPertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob serta pihak bertanggunjawab. 

Tambah Ching lagi, sekiranya Khalid enggan menghadirkan diri pada taklimat tersebut atau sekadar menghantar wakil kerajaan negeri sahaja pihaknya akan mengumpulkan 10,000 penduduk untuk berdemonstrasi. 

Mereka yang hadir dengan menaiki tiga buah bas tiba pada jam 10 pagi di pintu masuk bangunan kerajaan negeri dengan membawa kain rentang "Penduduk-penduduk MPAJ Zon Tak Nak TNB Pylon", "Kami menjemput MB menghadiri taklimat TNB / Ikram", dan "Suara kami tidak disampaikan ke MTES".

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan projek pembinaan menara ke pencawang masuk utama (PMU) di Taman Mahkota Cheras setelah mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Sebelum ini, penduduk sekitar Taman Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya dan sekitarnya membantah jaringan asal projek itu kerana risau akan terdedah kepada ruang elektrik dan magnetik (EMF) serta mengganggu kestabilan cerun di kawasan terbabit.

TQMYMASSA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger