Label 10

Home » » HASAN ALI KECEWA TAK JADI CALON - DR RANI !!

HASAN ALI KECEWA TAK JADI CALON - DR RANI !!

Written By AAKJ on Thursday, December 22, 2011 | 10:34 AM


Dr Rani Osman dan Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM – Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengeluarkan kenyataan yang tidak seiring dengan keputusan pimpinan Pas dilihat sebagai seorang yang kecewa kerana tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abd. Rani Osman.
Beliau berkata, Hasan yang merupakan pemimpin lama dalam Pas sepatutnya memahami prosedur serta proses pemilihan calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya yang selama ini tidak pun mengalami sebarang perubahan.
“Sepatutnya, orang lama seperti Hasan dan Nasharuddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden Pas) maklum yang senarai calon diperolehi dari peringkat cawangan kemudiannya ke peringkat kawasan seterusnya ke peringkat negeri dan pusat.
“Senarai calon sebenarnya tidak muktamad dan yang akan menentukan adalah di peringkat Pas pusat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad.
Sehubungan itu, beliau semua pemimpin Pas termasuk Hasan supaya muhasabah diri kerana tindakan mengkritik serta mempersoalkan keputusan pimpinan parti sebenarnya memberi kesan negatif kepada diri mereka, bukannya Pas parti.
Sementara itu, Khalid ketika mengulas mengenai isu sama berkata, tindakan Hasan yang lantang mengkritik kepimpinan dan dasar Pas sebelum ini hanya akan merosakkan masa depan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu dalam Pas.
“Janganlah kecewa tidak dicalonkan, tempat lain masih ada. Kalau tidak di Selangor pun mungkin negeri-negeri lain ada…Ini soal calon bukan isu besar…Kita harap janganlah merosakkan diri dia (Hasan) sendiri… Kalau dia terus begini dia yang rosak, bukan parti.
“Kalau dia kata Pas negeri ada campur tangan, nak halang kemaraan dia, periksa dulu di kawasan Gombak Setia mungkin ada kesilapan dia, kurang bertemu rakyat atau sibuk sebagai Exco. Dia sepatutnya periksa dulu, cari apa sebabnya jangan main tembak sahaja,” katanya.

TQ DETIK PERUBAHAN
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 22, 2011 at 11:26 AM

tak di calonkan kan takkan menangis kot en Hasan..
hg plak jgn dok laga2 kan org Pas na..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger