Petang tadi wakil dari Nadi Rakyat, Mykmu, Perkasa & Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia telah pergi melawat dan menyampaikan sumbangan daripada sahabat-sahabat Media Sosial kepada sahabat kita dan isterinya di hospital Ampuan Rahimah Klang.
Keadaannya sudah stabil tetapi belum boleh banyak bergerak dan bercakap. Kecederaan muka agak serius dengan banyak kesan luka dan jahitan. Muka masih bengkak dan beliau tidak boleh banyak bercakap kerana bengkak dan kesan jahitan yang menyakitkan.
Kejadian menyebabkan motosikal beliau terbakar (total lost). Sedikit pembetulan dari entri terdahulu, Isteri beliau tidak mengalami patah kaki sebaliknya hanya cedera ringan (terseliuh tangan).
Beliau pengsan serta merta semasa kejadian dan nasib baik (dengan izin Allah), isterinya menarik beliau ke tepi jalan dan dapat mengelak dari kejadian menjadi lebih buruk.
Boleh rujuk entri I4TT sebelum ini. KLIK SINI
Amanah bagi mengutip sumbangan buat sahabat kita dengan menubuhkan sebuah tabung dijalankan oleh 1Agenda.
Tabung ini dibuka mulai sekarang sehingga 17 Disember 2011 jam 12.00 malam.
Semua sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun :PERTUBUHAN AGENDA SOSIAL MEDIA 1MALAYSIA
- No. AKAUN: 1066 40000 500 Affin Islamic Bank
Sebarang pertanyaan dan sumbangan bolehlah berhubung dengan Saudara Zul Azhar Cha selaku Yang Di Pertua 1Agenda di;
- blackberry PIN 23451F67
- twitter @ZulAzharCha.
- facebook ZUL AZHAR CHA.
- email ke zulazharcha@ymail.com.
Hari ini hari sahabat kita, esok-esok mana tahu hari kita pula. Dunia ini bulat dan hidup umpama putaran roda. Mohon sahabat-sahabat blogger dan pejuang maya yang lain dapat menyebarkan kutipan tabung untuk sahabat pejuang kita ini.
Hari ini telah ada sumbangan yang masuk dan kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Diharap masih ada pihak yang dapat memberikan sumbangan ihsan dan ikhlas.
Post a Comment