KOTA BHARU – Seorang penduduk ditemui yang rumahnya turut musnah dalam kejadian ribut 3 hari yang lalu Saodah Ibrahim, 67, bernasib baik kerana ketika itu beliau berada dirumah saudaranya. Beliau sudah menjangkakan bencana itu akan berlaku ekoran rumahnya begitu hampir dengan pesisir pantai.
Sebelum ini 5 buah rumah telah musnah akibat kejadian yang sama, Rata-rata penduduk dikawasan itu telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meninggalkan rumah mereka bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Walaubagaimanapun Seramai 15 orang penduduk yang dijanjikan pampasan masih lagi menagih janji dari Kerajaan Negeri kerana sehingga hari ini mereka belum menerima apa-apa bayaran. Kecuali hanya 3 daripada mereka yang dikatakan sudah menerima bayaran tersebut.
Kenapa perlu ada diskriminasi dalam membayar wang pampasan kepada rakyat, sepatutnya kerajaan yang melaung-laungkan perjuangan Islam serta berkebajikkan lebih telus dan adil dalam melaksanakan apa jua perkara yang melibatkan rakyat.
Ini kerana Wakil Kerajaan Negeri pernah menemui penduduk dan berjanji akan membayar wang pampasan kepada mereka sebelum mengambil alih kawasan tersebut untuk tujuan pembangunan.
Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah segera dalam membayar wang pampasan yang telah dijanjikan kepada mereka supaya ianya tidak menyusahkan banyak pihak.
Sehubungan itu mereka amat berharap agar Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah berkenaan secepat yang mungkin supaya mereka dapat berpindah dengan selesa melalui bayaran pampasan seperti yang dijanjikan.
Tiada kata untuk dilafazkan sehingga janji-janji perlu di tunaikan. Itulah ungkapan terbaik buat Kerajaan Negeri Kelantan sebelum membuat janji baru bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Oleh yang demikian kita sebagai rakyat mesti peka dan mengambil iktibar dengan kerajaan yang dipilih samada ianya benar membantu rakyat atau hanya sekadar omong kosong untuk mengenyangkan nafsu masing-masing.
- TQDetik Perubahan
Post a Comment