Label 10

Home » » KERAJAAN FIRAUN NIK AZIZ !! RAMPAS DAN LUPUS BARANG MILIK PENIAGA MELAYU ?!!

KERAJAAN FIRAUN NIK AZIZ !! RAMPAS DAN LUPUS BARANG MILIK PENIAGA MELAYU ?!!

Written By AAKJ on Thursday, December 1, 2011 | 8:31 PM

KOTA BHARU – Sikap melampau pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam MPKB-BRI mencetus kemarahan seorang pengusaha sebuah cafe apabila 6 biji kerusi dan meja makan miliknya dirampas dalam operasi baru-baru ini.
Dalam satu temuramah dengan krew Detik Perubahan beliau menyatakan ketika ingin menuntut barang miliknya, pegawai MPKB-BRI memberitahu bahawa ia telah  dilupuskan.
Tambahnya lagi, sikap biadab pegawai MPKB-BRI  yang tidak mesra pelanggan dan bercakap tanpa memandang itu membuatkan  beliau tekad untuk bangkit menuntut haknya.
Turut dipersoalkan adalah bidang kuasa  serta proses perundangan  MPKB-BRI yang membolehkan mereka melupuskan barang rampasan tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada pemilik. Namun, beliau telah memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan Exco dan Ahli Majlis bagi tindakan yang selanjutnya.
Sampai bila pegawai MPKB-BRI harus bersikap demikian. Adalah tidak wajar selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang bernaung dibawah negeri  yang dipimpin oleh ulama’ menunjukkan sikap yang tidak menggambarkan seperti  yang demikian.
Sehingga berita ini diterbitkan, krew kami belum menerima apa-apa maklum balas positif dari pihak pengadu.  Diharapkan pengadu mendapat hak yang sepatutnya mengikut pertimbangan dan budi bicara di dalam Islam sejajar dengan negeri yang berslogankan ‘Membangun Bersama Islam’.

TQDETIKPERUBAHAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger