Label 10

Home » » KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !! NURUL IZZAH D HALAU KELUAR DARI KAMAR BICARA !!

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !! NURUL IZZAH D HALAU KELUAR DARI KAMAR BICARA !!

Written By AAKJ on Tuesday, December 13, 2011 | 7:10 AM

TUDUNG NAMPAK RAMBUT ?!!

Nurul Izzah berang apabila diminta keluar dari kamar perbicaraan kerana sehelai baju kuning berlogo BERSIH.

ASP Steven yang bertugas dikamar perbicaraan telah mengarahkan Nurul Izaah keluar dari kawasan tersebut kerana beliau menimbulkan kekecohan.

Insiden bermula apabila Nurul Izzah cuba mempertahankan seorang wanita cina yang memakai baju T berlogo BERSIH di kawasan tersebut.

Walaupun diberi penjelasan mengenai pihak Polis menetapkan tidak boleh membawa sebarang elemen politik ke mahkamah, Nurul Izzah cuba mempertikaikan peraturan tersebut.

Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa dihalau keluar dari mahkamah dan beliau terpaksa akur walaupun kelihatan kurang berpuas hati.

Itulah akibatnya kalau cuba nak pertikaikan peraturan yang sedia ada. Apa Nurul Izzah tu ingat, undang-undang negara ni Uncle Karpal yang punya ke? - MPP

Minta Tangguh Lagi...

Sementara itu Mahkamah Tinggi diminta menangguhkan keputusan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipanggil sebagai saksi bagi menjawab dakwaan tentang hubungan mereka berdua.

Peguam utama, Karpal Singh berkata, ia perlu dilakukan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan keputusan yang adil dalam kes tersebut.

Selain itu, beliau menghujahkan, saksi pembelaan, Dr. Thomas Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah sangat mustahil untuk Anwar melakukan aksi seks seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari ekoran masalah tulang belakang Anwar yang boleh menyebabkan kesakitan.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pembelaan dalam kes liwat yang dihadapi ketua pembangkang itu di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger