Orang Muar Johor sambut Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan spanduk pedas! "Pergi Jahanam Sabu Keparat Jangan Perkecilkan Perjuangan Kami!".
Ternyata kehadiran pengkhianat, Mat Sabu di Muar telah mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.
Mat Sabu di labelkan sebagai pengkhianat perjuangan bangsa Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan selepas mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong.
Banyak pihak kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menyatakan bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara
Meraka turut mendesak mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.
Ketegangan berlaku diantara kedua penyokong, FRU terpaksa turun untuk mengawal keadaan...
Mat Sabu dengan angkuh telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mat Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Post a Comment