Jika ada di antara kita yang pernah berkelah di Pantai Sabak sekitar penghujung tahun 80-an, pasti banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Tentunya pasir yang halus memutih, dua bekas kubu tentera Jepun dan pemandangan bagaimana penduduk kampung pesisiran pantai bergotong royong menunda bot-bot nelayan naik ke pantai menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Tetapi kini, semuanya hanya tinggal memori. Pantai Sabak yang terletak dalam DUN MB Kelantan sendiri tidak terurus dan hakisan laut telah menghancurkan segalanya. Jika berkesempatan melawat Kelantan sekali pun, lebih baik dilupakan sahaja niat untuk kembali ke pantai tersebut kerana bukan sahaja ia telah punah, bahkan turut mengancam nyawa!
Satu perkara yang pembaca perlu tahu adalah, hakikat bahawa hakisan yang berlaku sebegitu teruk di pantai tersebut hanya bermula pada tahun 1990. Adakah wujud sebarang perkaitan dengan bermulanya era pemerintahan Isle PAS di Kelantan pada tahun tersebut?!!
Meski pun hakisan telah menghancurkan kampung-kampung sejauh 2 KM dari garis pantai, namun ia tidak pernah mendapat perhatian yang serius daripada wakil rakyatnya sendiri yang kebetulan Menteri Besar. Dek kerana keprihatinan MB PAS tersebut, monumen bersejarah dan pantai yang indah sudah jauh bersemadi di dasar Laut China Selatan.
Peluang perniagaan yang berasaskan pelancongan juga sudah lama tertutup rapat kepada penduduk setempat.
Walaupun masalah tersebut sepatutnya diselesaikan oleh wakil rakyat (apatah lagi MB), namun hakisan tersebut tidak pernah dipandang ringan oleh Umno dan BN. Justeru, satu projek khas penambakan bagi mengurangkan kesan hakisan telah dilaksanakan dengan sebegitu giat kini.
Ironinya, UMNO dan BN pula yang beria-ria mempertahankan keluasan DUN Mursyidul AM PAS dan MB Kelantan daripada terus diambil oleh ALLAH SWT! Tidakkah pemimpin yang berkenaan takut betapa kemurkaan Allah SWT terhadap dosa-dosanya memecah belahkan ummah mengakibatkannya jatuh terlungkup daripada tampuk kuasa dengan cara yang paling hina?!!
Kerana ketika itu, tiada seorang unit Amal khawarij pun yang mampu menyelamatkannya.
*Anda nilaikanlah sendiri adakah ini taraf pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan yang bernaung di bawah DUN MB mereka sendiri?!!
Post a Comment