Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor Lim Boo Chang telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.
Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.
"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.
Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.
SUMBER : MALAYSIAKINI
Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin
-
Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin Pemergian Allahyarham Tun Daim
Zainuddin buat selama-lamanya pasti masih lagi ditangisi oleh keluarga
Allahy...
4 hours ago
+ comments + 1 comments
Pengajaran kepada PKR, jangan mudah percaya kepada pelompat-pelompat ni. Dia lompat dulu sebab tak dapat benda dalam parti lama. Dia masuk PKR sebab ada benda, kalau tak dia tak dapat apa-apa. Dia berharap akan mendapat jerung bila bersama parti memerintah. Dia dah kalah dulu. Dia berhenti sekarang, sebab mungkin apa yang dijanji bagi jerung tak dapat, dapat bilis saja. Dah nampak riak mungkin tak akan dapat jerong pada pru13 ni, dia cepat-cepat tarik diri. berharap Gerakan (parti lama) akan bagi jerung pula kat dia. maaf kata, kalau akulah jadi ketua parti mana-mana, tak ingin aku ambil dia ni.. sebab dia akan jadi beban juga. Tak yah ambil gerakan, sebab dia ada ajenda peribadi ni. takda beban batu digalas kalau ambil dia ni....ketuk & rawat..
Post a Comment