Label 10

Home » » "..ADAKAH AIR MANI DALAM DUBUR ITU BUKAN MILIK KAMU?" HAJI ANWAR TUNDUK MEMBISU...hehe dialog lebeh kuranglaa

"..ADAKAH AIR MANI DALAM DUBUR ITU BUKAN MILIK KAMU?" HAJI ANWAR TUNDUK MEMBISU...hehe dialog lebeh kuranglaa

Written By AAKJ on Wednesday, December 14, 2011 | 11:38 AM



AIDCNews – 13/12/11 – Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk mempertikaikan testimoni (keterangan) saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Katanya keterangan Anwar tanpa bersumpah dari Kandang Tertuduh gagal untuk mematahkan keterangan Mohd Saiful dari Kandang Saksi yang mendakwa dirinya diliwat di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mohd Yusof berkata mahkamah tidak mencukupi Anwar berkata ‘saya tidak melakukannya’, tetapi tidak membenarkan penafiannya itu diperiksa balas.

Kandang Tertuduh

Katanya kenyataan dari Kandang Tertuduh itu tidak berhak mendapat merit yang sama dengan kenyataan dari Kandang Saksi secara bersumpah.

Beliau berhujah kenyataan Anwar dari Kandang Tertuduh itu walaupun banyak melemparkan tuduhan namun ia “seumpama berdiam diri” kerana tertuduh tidak mengemukakan bukti material kepada mahkamah.

“Ini (keterangan Anwar) adalah satu pembohongan semata-mata. Ini tidak mempertikaikan bukti bahawa Anwar telah meminta pengadu Mohd Saiful pergi ke kondo itu … tidak mempertikaikan ketua staffnya meminta Saiful untuk pergi ke kondo itu… tidak mencabar rakaman CCTV,” kata Mohd Yusof ketika menggulung pendakwaan hari ini.

Menurutnya, Anwar juga tidak mempertikaikan kewujudan air maninya dalam lubang dubur pengadu, Mohd Saiful

“Malah Anwar dan saksi pakar pembelaannya tidak dapat menjelaskan bagaimana sperma itu boleh berada di dalam lubang dubur Saiful,” katanya.

Katanya lagi apabila Anwar tidak mempertikaikan kenyataan-kenyataan tersebut, bermaksud ia adalah satu pengakuan atau persetujuan.


Mohd Yusof juga turut turut menolak teori konspirasi yang cuba dibangkitkan oleh pihak peguambela.

“Anda bercakap mengenai konspirasi. konspirasi apa ? Tiada siapa pun berkonspirasi. Tidak Saiful atau (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) boleh memaksa Anwar untuk melakukannya. Jika ada konspirasi, bermakna Anwar telah bersedia menjadi pelaku yang sukarela (menjayakan konspirasi itu),” katanya.

Mohd Yusof turut mempertikaikan hujah Dr. Hoogland dengan bukti video CCTV pada 26 Jun 2008 dalam lif di kondominium tersebut yang menunjukkan Anwar mampu membongkokkan badannya.

Saksi Tidak Kredibel

Menurutnya, keterangan Hoogland tidak kredibel kerana kali terakhir Anwar buat pemeriksaan tulang belakangnya adalah pada 2005.

Katanya, kalau benar Anwar sudah lama sakit tulang belakang yang ‘teruk’, mengapa beliau tidak melakukan pemeriksaan selanjutnya dan berulang untuk penyakit tulang belakangnya itu.

Mohd Yusof menjelaskan Hoogland tidak memeriksa sakit belakang Anwar pada tahun 2008, sedangkan perunding pakar kanan perubatan Hospital Kuala Lumpur Dr S Jeyaindran melakukan pemeriksaan itu ke atas Anwar tiga minggu selepas Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat.

Katanya, Hoogland hanya memeriksa belakang Anwar pada tahun 2011 sebelum memberi kenyataannya di mahkamah.

Mohd Yusof berkata Hoogland bukan seorang saksi bebas, sebaliknya beliau berpihak kepada Anwar dan kehadirannya sebagai saksi sekadar ‘mencuba nasib’.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 9. 30 pagi sebagai tarikh akhir pihak pembela membalas hujah pihak pendakwa, sebelum hakim membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau tidak dengan pertuduhan tersebut..

Kes Liwat II : Ada ‘Benda Menarik’ Dalam Hujah Bela Diri Anwar..

Oleh: AIDC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger