Label 10

Home » » VIDEO SEKS PELAKON !! BEKAS TEMAN LELAKI D TANGKAP !! INIKAH IMEJ PELAKON KITA ?!!

VIDEO SEKS PELAKON !! BEKAS TEMAN LELAKI D TANGKAP !! INIKAH IMEJ PELAKON KITA ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, November 1, 2011 | 1:55 AM

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR - Tindakan terburu-buru seorang lelaki yang mengugut untuk menyebarkan rakaman video seks pasangannya selepas kecewa hubungan mereka terputus di tengah jalan memakan diri apabila dia ditahan di pejabatnya di sini Khamis lalu.

Lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pereka grafik itu ditahan selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat wanita berusia 24 tahun terbabit.

Difahamkan, Iaporan itu dibuat teman wanita suspek yang merupakan seorang pelakon sambilan dan pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Sumber memberitahu, mangsa mernbuat laporan itu di salah sebuah balai polis di sini pada pertengahan Oktober lalu selepas dirinya cuba dimalukan.

“Soal siasat mendapati suspek berdendam dengan mangsa selepas dia kecewa apabila teman wanitanya hendak memutuskan hubungan percintaan rnereka yang telah terjalin
sejak lima tahun lalu.

“Dia kemudian rnengugut untuk menyebarkan rakaman seks mereka berdua jika mangsa masih meneruskan niat untuk berpisah,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, selain suspek, polis turut merampas telefon bimbit yang mengandungi enam adegan seks dirakam sejak empat bulan lalu membabitkan pasangan tersebut.

Suspek kemudian ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan.

KOSMO!
31/10/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger