Penulis antara ribuan peminat yang hadir menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu semalam di Stadium Shah Alam. Ini adalah kunjungan kedua penulis ke stadium tersebut, kali terakhir penulis datang menonton perlawanan bolasepak di Stadium ini ialah kira-kira 11 tahun yang lalu.
Penulis tak berniat nak bercerita tentang perlawanan bolasepak kerana semua pun dah tahu yang Negeri Sembilan menang perlawanan tersebut mengatasi Terengganu. Yang penulis nak sentuh ialah keadaan stadium dan kawasan persekitarannya yang begitu daif pada pemerhatian penulis.
Pada yang tak tahu, Stadium Shah Alam pernah jadi kebanggaan rakyat Malaysia ketika mula-mula dirasmikan pada pertengahan 1990-an. Walaupun rekabentuknya yang agak sedikit kontroversi tapi ia memang hebat kerana selain Stadium pertama negara yang boleh memuatkan 80,000 orang penonton, ia juga mencatat sejarah sebagai stadium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan selain bolasepak.
Hebatnya Stadium Shah Alam dulu, ia bukan setakat kemudahan sukan malah jadi tarikan pelancung juga.
Tapi keadaan yang penulis lihat semalam begitu menyedihkan. Kerusi, tandas, keadaan jalan, lampu dan sebagainya, semuanya seolah-olah tidak pernah diselenggara. Kalau pembaca perasan, tidak sampai tiga suku pun lampu limpah stadium yang menyala.
Keadaan padang jangan sebutlah, FAM terpaksa berbelanja besar untuk menyediakan padang yang sesuai dengan perlawanan akhir Piala Malaysia walhal stadium tersebut bukan berada dibawah seliannya pun tapi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), PBT dibawah kerajaan PKR. Keadaan ini juga antara faktor yang menyumbang kepada harga tiket yang tinggi.
Malah gol penyamaan pasukan Negeri Sembilan juga adalah disebabkan lantunan bola yang mengelirukan penjaga gol Terengganu. Lantunan yang sedemikian biasanya disebabkan oleh keadaan padang yang tidak rata . Sebab itu bola mudah pun boleh masuk gol juga.
Bukanlah mencadangkan rakyat Terengganu menyalahkan PKR kerana gol pertama tersebut, tapi ia adalah sesuatu yang boleh difikir-fikirkan juga. Serupalah macam macai Pakatan menyalahkan siaran langsung perlawanan Man U dengan Man City di Sri Perdana sebagai punca kekalahan MU!!!!
Walhal apa kena mengena sedangkan keadaan padang yang menyebabkan gol itu ada juga kaitannya!!
Seingat penulis dulu pancaragam boleh masuk ke dalam padang untuk buat persembahan sebelum perlawanan bermula tapi semalam jangan kata pancaragam, pemain nak panaskan badan pun terpaksa dibuat di luar padang, takut padang yang baru diperbaiki FAM untuk perlawanan akhir tersebut rosak sebelum wisel permulaan ditiupkan..
Macam itu sekali punya teruk
Baca seterusnya di MyKMU
TQUNSPINNERS
+ comments + 1 comments
natang ape.... nyabik ko stadium pulok tgganu kaloh..... x munasaboh lasungg..professional laa ckt..wok 2 laa bola x maju2 d malaysia...
Post a Comment