Label 10

Home » » TAHNIAH !! UMNO BAHAGIAN AMPANG ! ZURAIDA BINGAI MENGAMUK !!

TAHNIAH !! UMNO BAHAGIAN AMPANG ! ZURAIDA BINGAI MENGAMUK !!

Written By AAKJ on Sunday, November 20, 2011 | 7:28 PM


Sebuah sekolah telah menggunakan utiliti Bangunan UMNO Bahagian Ampang untuk menjayakan program Anugerah Pelajar Cemerlang. Dan seperti biasa, program-program anjuran pihak sekolah seperti itu biasanya dibuat membabitkan ibu bapa, para pelajar, guru-guru dan tidak ketinggalan juga komuniti PIBG.

Pemilihan Bangunan UMNO Bahagian Ampang untuk program tersebut tidak bermakna, wujudnya campurtangan UMNO atau majlis tersebut dianjurkan oleh UMNO Bahagian. Majoriti ibu bapa, guru-guru, para pelajar dan komuniti PIBG bukannya ahli daripada salah satu komponen Pakatan. Sebaliknya sebahagian besar daripada mereka tidak berparti dan pihak sekolah pula akan memilih tempat yang paling dekat dengan pemimpin serta kemudahan ibu bapa serta pelajar.


Penggunaan bangunan UMNO Bahagian Ampang yang mempunyai dewan yang luas, selain lebih dekat dengan pelbagai kemudahan lain, tidak dibuat atas dasar parti politik. Sebaliknya pihak sekolah memikirkan banyak faktor lain yang perlu diambilkira termasuklah kerjasama daripada pimpinan tempatan.

Namun Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir Ampang berpandangan sebaliknya. Mak Lampir melihatkan penerimaan ibu bapa untuk menggunakan kemudahan di Bangunan UMNO Bahagian Ampang sebagai mengancam kuasanya. Apatah lagi, pada penghujung program Anugerah Pelajar Cemerlang itu, pengumuman telah dibuat oleh pihak sekolah kepada ibu bapa, sekiranya mereka mahu mengambil wang bantuan kerajaan bernilai RM100 untuk setiap anak mereka yang masih bersekolah, boleh berbuat demikian di situ.

Seperti biasa, Mak Lampir Ampang segera memutar belitkan kenyataan berkenaan. Situasi itu dikatakannya sebagai campurtangan UMNO Ampang. Dia kata dia ada bukti pembabitan UMNO. Kalau setakat yang terbabit itu adalah Bangunan UMNO, maka bukti yang dikatakan oleh Mak Lampir sebenarnya samalah seperti dia kata, dia ada bukti hanya seekor lembu terdapat di NFC Gemas!


 Dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dengan ibu bapa yang ada sekali di situ, dengan berfikir bahawa program berkenaan adalah kemudahan kepada ibu bapa untuk mengambil hak anak-anak mereka yang dibantu oleh kerajaan, apa sebenarnya yang membuatkan Mak Lampir sangat-sangat sakit hati?
Sudah tentulah kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan dilihat oleh Mak Lampir sebagai cara paling hebat menghakis segala tohmahan dan fitnahnya selama ini. Mak Lampir Ampang sakit hati kerana Bilik Gerakan PKR di Ampang Jaya tidak dipandang dan tidak dihargai sekalipun ianya dirasmikan oleh Anwar Ibrahim.

Apakah kerana terdapat Safarizul Mustafa, Ketua Pemuda UMNO Ampang yang baru semalam mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang dalam program tersebut, maka Mak Lampir Ampang membuat kesimpulan pantas bahawa UMNO Ampang terlibat dalam pemberian RM100 kepada setiap pelajar sekolah yang menganjurkan program berkenaan?

Tidakkah Safarizul merupakan bapa kepada salah seorang pelajar sekolah tersebut dan kebetulan pula dia memegang jawatan di dalam UMNO Ampang? Atau barangkali Mak Lampir berpandangan bahawa mana-mana pemimpin UMNO bukanlah bapa atau ibu kepada mana-mana pelajar? Atau mereka tidak layak untuk terlibat dalam program berkenaan? Atau Bangunan UMNO tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program-program tertentu?


Kadang-kadang melihatkan telatah Mak Lampir mengingatkan kita kepada seorang perempuan tua yang kuat melatah. Pantang tercucuk sedikit, habis semua dibongkar dan ditunjukkan kepada kita kerana sifat latahnya itu.
Hanya kerana RM100, Mak Lampir Ampang bersungguh-sungguh melatah sehinggakan tanpa segan silu, dia memberitahu dia ada bukti kononnya Kementerian Pelajaran menggunakan UMNO untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa pelajar. Seolah-olah UMNO mempunyai kuasa yang sangat kuat untuk memukau dan seterusnya memaksa ibu bapa memilih Barisan Nasional pada PRU13 akan datang!

TQSELANGORDAILY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger