Label 10

Home » » SIASAT SEGERA !! GURU BESAR CELAKA MANA LEMPAR DUIT KAT MUKA MAK AYAH PELAJAR ?? EHH KAT MUKA ?!!

SIASAT SEGERA !! GURU BESAR CELAKA MANA LEMPAR DUIT KAT MUKA MAK AYAH PELAJAR ?? EHH KAT MUKA ?!!

Written By AAKJ on Sunday, November 20, 2011 | 8:04 PM

hiase

PAGOH: “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.

Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.

Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.
Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.

Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.

“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.
“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.

Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.
Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.

“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami.

“Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?” katanya yang membuat laporan polis pada hari sama.

MYMETRO
Share this article :

+ comments + 3 comments

November 20, 2011 at 8:44 PM

hmm!!! guru besar ni memang carik nahas sebenarnya. kerana 26 hengget tu, tengoklah apa nasib dia. ikut ati sgt, komfem akan menyesal. bodohnya, pakai otak la cikgu oi!!!

November 20, 2011 at 8:59 PM

oklah tu klau potong utk bayar buku tulis & peralatan sek. jika tidak akhir tahun ni kena bayar jgak. Soal hutang ni kadang2 ada jgak makbapak yang buat tak tau je anak2 ada buku tulis @ tidak. Ada jgak makbapak yg guna buku rampaian tahun lepas utk anak2nya...tapi nak anak2nya pandai? Duit yg kerajaan bagi tukan utk bantuan beli buku & peralatan sek anak2? Duit tu pun ada makbapak nak rolling jgak ker?

November 21, 2011 at 3:37 PM

cikgu ramai pembangkang. mesti cikgu ni salah seorang pembangkang. hasil didikkan pembangkang di bumi bertuah ni. x sedar diri makan duit kerajaan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger