Label 10

Home » » SIDANG DUN SELANGOR !! TEKS UCAPAN DATO SATIM !! KALID GAGAP WAJIB DENGAR !!

SIDANG DUN SELANGOR !! TEKS UCAPAN DATO SATIM !! KALID GAGAP WAJIB DENGAR !!

Written By AAKJ on Friday, November 11, 2011 | 2:32 PM

Dun Selangor- Teks Ucapan Penuh Ketua Pembangkang Selangor
TEKS UCAPAN YB. DATO’ HAJI MOHD SATIM BIN DIMAN
KETUA PEMBANGKANG MERANGKAP ADUN SERI SERDANG

Terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar Selangor.

Jika diperingkat Parlimen Malaysia, Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan Belanjawan Negara 2012 adalah Belanjawan Pilihan raya, Belanjawan Negara 2012 Negeri Selangor yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar, ADUN Ijok yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, adalah juga Belanjawan Pilihan raya Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor. Belanjawan 2012 tidak banyak terdapat perkara-perkara baru. Penuh dengan retorik - sambungan penceritaan Bajet 2009 dan 2010. Penuh dengan janji-janji dan cadangan-cadangan serta unjuran-unjuran yang gagal dilaksanakan secara berkesan.

Dalam perbahasan Bajet 2012, di dewan yang mulia ini kami Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan membuat penilaian secara terperinci Bajet 2012 dan pelaksanaan Bajet tahun 2009, 2010 dan 2011. Kami juga akan mengkaji sejauh manakah pelaksanaan Manifesto Pilihan raya ke Dua Belas Pakatan Pembangkang terutama janji-janji Kerajaan Selangor khususnya YAB. Menteri Besar Selangor sepanjang pemerintahannya selama 3 tahun 7 bulan.

Selepas 3 tahun 7 bulan di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, rakyat Selangor berhak untuk menilai prestasi Kerajaan Selangor yang banyak membuat janji semasa pilihan raya umum yang lalu. Sebenarnya, memanglah mudah hendak buat berbagai-bagai janji tetapi realitinya, apabila sudah mendapat kuasa dan berhadapan dengan masalah akar umbi dan realiti politik tidak semua idealism kita dapat dicapai.

Di Negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Pembangkang bertuah kerana mewarisi daripada Barisan Nasional sebuah negeri yang mantap dan ’stable’ kedudukan sosio-ekonomi dan politik yang membolehkan Kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan berbagai program ekonomi dan kebajikan. Walaupun Kerajaan Pakatan Pembangkang sentiasa mencari kesalahan Kerajaan Barisan Nasional, rakyat negeri Selangor dapat menilai sejauhmanakah dalam tempoh 3 tahun 7 bulan pemerintahannya, Pakatan Rakyat telah dapat memenuhi janji-janji kepada rakyat.

Tuan Speaker,
Saya sendiri akan menyentuh tiga perkara penting dan yang lainnya akan dibangkitkan oleh rakan-rakan saya.

PERTAMA
Ulasan Bajet 2012 secara umum.

KEDUA
Pelaksanaan Bajet 2009, 2010 dan 2011 sebagai asas penilaian prestasi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor selama 3 tahun 7 bulan diberi mandat memerintah negeri Selangor dengan fokus kepada MANIFESTO PRU 12 khusus mengenai :-
Urustadbir baik dan berwibawa
Projek Rangsangan Ekonomi Selangor
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor
KETIGA
Senario politik Selangor dan kemantapan pentadbiran Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar dari Dewan Undangan Negeri Ijok.

Tuan Speaker,
PELANGGARAN JANJI-JANJI KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG
PRESTASI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PELAKSANAAN BAJET 2009, 2010 DAN 2011
PELAKSANAAN MANIFESTO PRU 12

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar adalah retorik daripada Bajet 2009 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada 20 Oktober 2008, iaitu bajet pertama Kerajaan Pakatan Pembangkang yang menjadi landasan penting hala tuju pentadbiran Kerajaan Pakatan Pembangkang dan bajet-bajet berikutnya pada 2010, 2011 dan 2012.

Dalam konteks ini, saya ingin memfokus kepada satu isu asas iaitu Manifesto PRU 12 dan penekanan ketiga-tiga bajet 2009 – 2011 untuk mewujudkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip urustadbir baik ’good governance’ dengan izin. YAB Menteri Besar sendiri, dengan imej tokoh korporat tersohor negara, selalu menggembar-gemburkan pentadbiran berwibawa, telus, adil selaras dengan prinsip tadbir urusbaik.

Dalam Bajet 2009, YAB Menteri Besar telah mempersoalkan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional. Dalam menjadikan negeri Selangor Negeri Maju pada 2005, menuduh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional tidak telus, ikhlas dan bertanggungjawab, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni, mengamalkan dasar penswastaan yang berat sebelah kepada syarikat-syarikat swasta dan tidak cekap dalam menguruskan perbelanjaan Kerajaan negeri. Tetapi akhirnya selepas memerintah selama 3 tahun 7 bulan, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Terdapat banyak kes-kes dan keputusan-keputusan YAB Menteri Besar sendiri boleh dipersoalkan tahap integriti dan kewibawaannya. Diantaranya adalah seperti berikut :-

Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di PKNS dan Yayasan Selangor.
Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri pasir oleh syarikat Kerajaan negeri – Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
Prestasi dan masalah pengurusan Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Penyelesaian pinjaman TALAM CORPORATION sebanyak RM391 million.
Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan.
Perlantikan dan peranan Pasukan Perunding dan Penasihat Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri.
Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan baru-baru ini
Isu kontroversial – pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
Rakyat Selangor masih menunggu dan menuntut janji-janji YAB Menteri Besar Selangor untuk
Mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu TALAM CORPORATION, TANAN YAYASAN BASMI KEMISKINAN.
Pengisytiharaan umum aset-aset ahli-ahli Exco
Laporan isu rakaman video di pejabat Menteri Besar yang telah luput tempoh dan sehingga sekarang tidak ada sebarang berita.

Inikah contoh pemerintahan yang telus, ikhlas dan bertanggungjawab seperti yang selalu digembar-gemburkan. Kami cabar dan beri tempoh kepada YAB Menteri Besar untuk menuntut janji-jani tersebut sehingga akhir Disember tahun ini. KALAU GAGAL, TERBUKTI YAB seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pembohong. CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

DASAR PENSWASTAAN
YAB Menteri Besar Selangor selalu memomokkan dasar dan program penswastaan yang dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional diperingkat nasional dan negeri. Dalam Bajet 2009, YAB Menteri Besar menyatakan bahawa negeri Selangor kehilangan RM30 billion dalam tempoh 30 tahun pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional kerana penyelewengan dalam projek-projek penswastaaan dan usahasama hartanah. MALAHAN beliau telah mengumumkan bahasa Kerajaan negeri tidal akan lagi memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan penswastaan. PKNS telah diarahkan supaya menghentikan projek-projek penswastaan dengan serta-merta.
Tetapi realitinya apa yang berlaku, sekali lagi CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Projek penswastaan dan usahasama hartanah negeri masih diteruskan. Bukan itu sahaja, malahan telah terdapat yang bertentangan dengan ASPIRASI DAN KEHENDAK RAKYAT serta matlamat penubuhan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat.

Rakyat negeri Selangor, terutama mereka yang terlibat, sekarang menuntut Kerajaan negeri khususnya YAB Menteri Besar memberi penjelasan mengenai projek-projek penswastaan dan usahasama berikut :-

PERTAMA
Projek PKNS Sains Park seluas 22.39 ekar. Usahasama PKNS Holding (30% ekuiti) dengan syarikat UAPE (70% ekuiti)
Dalam Bajet 2009, Kerajaan negeri mengumumkan akan memberhentikan projek usahasama yang diamalkan oleh Kerajaan negeri Barisan Nasional dengan perkongsian keuntungan pada nisbah 70 : 30; ini merugikan Kerajaan negeri. Jika dibangunkan sendiri, keuntungan yang diperolehi sebanyak tujuh atau lapan kali ganda.
DI MANA KREDIBILITI YABMB ?
Mengapa usahasama diteruskan ?
Siapa pemegang saham syarikat UAPE ?
Bagaimana perlantikan dibuat ?

KEDUA
Projek Sports City di Seksyen 7, Kelana Jaya
PKNS bercadang mahu membangunkan Kompleks Sukan PKNS sebagai Sports City termasuk pembinaan tujuh blok pangsapuri 36 tingkat, 2 blok kompleks pejabat dan 10 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat. Jawatankuasa Bertindak mewakili 4,000 pemilik rumah di kawasan tersebut membuat bantahan kepada PKNS, ADUN Seri Setia sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau berjanji untuk bersama-sama mengkaji semula projek tersebut.
Apakah pandangan YAB mengenai projek ini.
Syarikat manakah yang telah dipilih oleh PKNS untuk menjalankan projek ini.
Jika benar, mengapakah projek ini diswastakan sedangkan YAB Menteri Besar berjanji tidak lagi mahu membangunkan tanah PKNS secara usahasama.
Mengapakah Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah meluluskan projek tersebut walaupun proses pendengaran bantahan belum lagi selesai selaras dengan Garis Panduan Perancangan Kerajaan Tempatan.
Terdapat juga beberapa projek usahasama yang dijalankan oleh PKNS dan Yayasan Selangor yang akan dibangkitkan oleh rakan-rakan saya nanti.

Tuan Speaker,
PROJEK RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR

Pada 23 Mac 2009, YAB Menteri Besar telah mengumumkan pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebagai kombinasi projek jangka panjang dan sederhana bagi menarik pelaburan RM 50 billion dan mencipta sekitar 150,000 peluang pekerjaan. Pakej ini meliputi enam projek berikut :-
Pemulihan Sungai Klang.
Pemulihan projek terbengkalai.
Pembaharuan bandar.
Peningkatan hasil padi.
Meningkatkan pengangkutan awam.
Penstrukturan khidmat industri air Selangor.
Selepas dua tahun tujuh bulan dilancarkan, kita tidak melihat pelaksanaan secara menyeluruh dan impak kepada pembangunan negeri Selangor. Hanya retorik dan janji-janji kosong. Sejauhmanakah projek-projek tersebut telah membantu pertumbuhan ekonomi Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

PROJEK PEMULIHAN SUNGAI KLANG

Apakah kemajuan projek pemulihan Sungai Klang yang telah diperuntukkan sebanyak RM 2 billion dalam tempoh pelaksanaan dua hingga tiga tahun. RM 1 billion untuk pembersihan Sungai Klang dan RM 1 billion lagi untuk pembangunan.
Bagaimanakah prestasi 4 buah syarikat yang telah dipilih termasuk Syarikat DPZ Asia telah dipilih sendiri oleh YAB Menteri Besar tanpa melalui tender terbuka.
Dapatkan peruntukan RM 2 billion, apakah kemajuan yang telah dicapai dari segi fizikal dan kewangan.
YAB Menteri Besar telah berjanji untuk penyediaan laporan dan pameran mengenai projek tersebut kepada umum, tetapi mengapa hingga sekarang belum lagi dilaksanakan.
Oleh kerana projek ini berkala besar, Presiden Transparency International Malaysia (TIM) mencadangkan supaya Kerajaan negeri menandatangani ’integrity pacts’, dengan izin, dengan empat   syarikat   yang   telah   dipilih   bagi    mengelakkkan penyalahgunaan kuasa dan meminimumkan kos, memastikan integrity, ’ketelusan dan pertanggungjawaban’. Mungkin oleh kerana projek ini menghadapi masalah pelaksanan, Kerajaan negeri tidak menimbangkan cadangan tersebut.
RAKYAT SELANGOR MENUNTUT JANJI-JANJI YAB Menteri Besar.

Tuan Speaker,

PEMBAHARUAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR
Pembaharuan dan pembangunan semula kawasan bandar dan perumahan merupakan salah satu projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor.  Dalam konteks ini, ada cadangan untuk membangunkan semula kawasan PANGSAPURI IMPIAN BAIDURI di Jalan 224, Petaling Jaya yang mengandungi 4 blok, 1,300 unit pangsapuri. Jawatankuasa penduduk membantah sebarang pengambilan balik tanah untuk Blok A bagi membolehkan pembangunan semula. Apa rasionalnya projek tersebut kerana mereka baru sahaja menduduki kediaman tersebut pada tahun 2005. Adakah untuk menguntungkan pemaju ? Bagaimana dengan tunggakan bil yang dianggarkan RM 505,308 subsidi air percuma yang sepatutnya dibayar oleh Kerajaan negeri.

Disamping itu, PKNS dengan kerjasama dan usahasama Syarikat DKLS Berhad akan membangunkan semula kawasan Rumah Pangsa Seksyen 17, Petaling Jaya. Penduduk bimbang masa depan mereka. Harga rumah mungkin di luar kemampuan mereka, melainkan mendapat pampasan yang mencukupi. Kalau ikhlas hendak tolong rakyat, mengapa Kerajaan negeri dan PKNS tidak majukan sendiri. Pihak swasta ambil kesemptan meraih keuntungan maksumum di atas tapak yang strategik. Kalau PKNS majukan sendiri, mungkin harga rumah tidak tinggi. Boleh menetap di situ. Kerajaan cakap prihatin kepada rakyat tapi swasta lebih diutamakan.

OLEH ITU, KAMI MENDESAK SEBARANG PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DAN KAWASAN PERUMAHAN HENDAKLAH MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT TERLEBIH DAHULU DARIPADA KEPENTINGAN PEMAJU SWASTA.
PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN

Proram Pembasmian Kemiskinan disemua lapisan masyarakat merupakan salah satu pendekatan dan strategi Bajet 2009 dan 2010. Dalam Bajet 2009, Kerajaan negeri telah menaikkan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM 1500.00 sebulan, berbanding dengan RM 731.00 diperingkat nasional kerana 90% penduduknya tinggal di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi.

Berpandukan PGK baru ini, kadar kemiskinan rakyat Selangor berada pada paras 30% bukan 1.1% seperti yang diutarakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Dalam Bajet 2010, Kerajaan negeri telah melancarkan PELAN TINDAKAN PEMBASMIAN KEMISKINAN yang merangkumi program perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengwujudan peluang-peluang pekerjaan baru.

KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG BERJANJI untuk menyelesaikan masalah 30% rakyat miskin di negeri Selangor seramai lebih kurang 1.56 juta daripada jumlah 5.2 juta rakyat Selangor pada tahun 2009.

KITA PEGANG JANJI YABMB ?
Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan sejak janji dibuat, berapa peratuskah kadar kemiskinan telah dapat diturunkan.
Berapakah kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar negeri Selangor pada masa ini.
Berapakah rumah kos rendah dan mampu milik telah dibina oleh Kerajaan.
Berapakah peluang-peluang pekerjaan baru telah diwujudkan.
Kita tidak nampak program-program pembasmian kemiskinan yang agresif telah dibuat samada di bandar atau luar bandar.
SATU LAGI PELANGGARAN JANJI KERAJAAN.

Tuan Speaker,

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Saya ingin menyentuh isu tadbir urusbaik yang melibatkan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan menyeleweng dan pihak pengurusan PKNS – sebuah syarikat Kerajaan negeri yang paling penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Selangor.
Dalam konteks ini, saya hanya akan memfokus kepada integriti pasukan Pengurusan PKNS khususnya PENGURUS BESAR PKNS sekarang yang gagal untuk menunaikan janji-janji Kerajaan negeri Pakatan Pembangkang khususnya YAB dari Ijok.

PERLANTIKAN PENGURUS BESAR PKNS
Pengurus Besar PKNS sekarang dilantik secara kontrak selama 2 tahun mulai 1 Februari 2009 melalui surat yang ditandatangani oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi PKNS pada 13 Jun 2009 dengan gaji beserta elaun-elaun lain mulai 1 Februari 2009 hingga 31 Januari 2011 seperti berikut :-

(i)  Gaji dan elaun dari PKNS                           RM 16,933.32
(Termasuk gaji pokok Jusa A Gred V5
sebanyak RM 7,766.66)
(ii) Elaun tambahan daripada                          RM 23,000.00
4 anak syarikat PKNS
-------------------
Jumlah                                                        RM 39,933.32
===========

Status Pengurus Besar PKNS adalah sebagai kakitangan awam di dalam Makna Kanun Keseksaan di bawah Bahagian III, Perkara 9 (3) Enakmen PKNS 1964 No. 4 Tahun 1904.

Melalui surat tawaran bertarikh 25 November 2009 yang ditandatangani sendiri oleh YAB Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKNS, PKNS telah menawarkan skala gaji baru Pengurus Besar PKNS iaitu gaji pokok sebanyak RM 40,000.00 sebulan disamping kemudahan dan lain-lain elaun

Untuk  tempoh  dua  (2)  tahun  dari  1  Februari  2009  hingga 31 Januari 2011. Gaji pokok inilah yang menjadi asas pengiraan bonus PKNS. Keputusan YAB Menteri Besar tersebut  telahpun  diperakukan oleh  Mesyuarat  Ahli-Ahli Jawatankuasa Kewangan PKNS yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor.

Ini bermakna YAB Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menawarkan skala gaji baru tersebut tanpa dibincangkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Perjawatan PKNS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Begitulah keputusan dibuat tanpa mengikut amalan biasa pentadbiran PKNS iaitu :-

(1)  Keputusan skala gaji baru sepatutnya dibuat diperingkat Jawatankuasa Perjawatan dan kemudian dipanjangkan untuk kelulusan Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
(2)   Gaji Pegawai-pegawai dan kakitangan PKNS adalah berdasarkan gaji yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan yang sudah berkuatkuasa.
(3)   Status gaji baru Pengurus Besar PKNS sepatutnya dirujukkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Awam Malaysia untuk ulasan.

Tidak dinafikan YAB Menteri Besar Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam perkara ini yang menunjukkan gaji Pengurus Besar sekarang mempunyai kedudukan agak istimewa kepada YAB Menteri Besar Selangor.

SOALAN

Mengapa ini berlaku?

•Pengurus Besar PKNS adalah seorang penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan Kerajaan/JPA. Mengapakah beliau memperolehi pendapatan tidak mengikut skala gaji yang ditetapkan? Apakah status beliau?
•Keputusan berkenaan dibuat pada awal 2011 dan bayaran di back date pada tarikh perlantikan beliau sebagai Pengurus Besar. Bukankah sebelum 2011, anak syarikat PKNS yang telah membayar elaun sebanyak RM 5,000.00 sebagai cara untuk mencukupkan gaji bulanan sebanyak RM 40,000.00? Adakah beliau memperolehi bayaran berganda?
•Apa asas bayaran RM 5,000.00 sebulan oleh anak syarikat jika beliau turut menerima bayaran yuran bulanan? •Sehingga hasil siasatan Audit Selangor selesai, kontrak perkhidmatan Pengurus Besar PKNS disambung bulan ke bulan. Walaubagaimanapun, difahamkan bahawa kontrak beliau telah disambung 2 tahun lagi.

DASAR DAN MATLAMAT KPI

PENGURUS BESAR PKNS
Di bawah pengurusan baru, PKNS akan menerokai projek-projek pembangunan mewah, ’high-end project’ dengan izin, yang boleh memberi keuntungan lebih tinggi yang dapat disalurkan semula kepada projek-projek perumahan mampu milik. Memberi subsidi silang, ’cross-subsidization’ dengan izin.
SOALAN
Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar yang baru, berapakah jumlah rumah-rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana telah di bina oleh PKNS. Dibandingkan dengan pencapaian tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008.
Yang jelas, projek MEGA DATUM JELATEK Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah RM 600,000.00 seunit (........... 3 bilik) yang di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang telah diberikan pampasan hanya RM 250,000.00.
Begitulah juga untuk projek-projek mega Sports City SS7, Kelana Jaya, Aquivilla Seksyen 7 Shah Alam, Western Digital, SSB Kelana Jaya, PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek-projek MEGA PKNS.
Projek-projek yang diserahkan kepada PKNS Holdings pula PKNS tidak ada kuasa dasar dan banyak menguntungkan syarikat usahasama yang memaksimakan keuntungan.

Sebenarnya, ada yang TERSURAT dan TERSIRAT disebalik dasar ini. YANG TERSURAT, memaksimakan keuntungan bagi membolehkan PKNS melaksanakan sekim SUBSIDI SILANG. Sangat diragukan.

YANG TERSIRAT, dengan keuntungan besar membolehkan PKNS membayar bonus yang tinggi kepada pengawai dan kakitangannya.

BONUS PKNS

Pembayaran bonus yang dibayar kepada pegawai-pegawai dan kakitangan PKNS adalah tinggi jika dibandingkan dengan banyak syarikat-syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan Pusat dan negeri. Apalagi PKNS adalah agensi berkanun Kerajaan. Bonus 5 bulan bagi tahun 2009 dan 7 bulan bagi tahun 2010.

Untuk  Pengurus Besar PKNS sendiri, dalam tempoh perkhidmatannya dengan PKNS sejak bulan Februari 2009, jumlah anggaran pendapatan dan bonus yang dibayar kepada beliau berjumlah RM 1,400,000.00 iaitu seperti butir-butir berikut:-

Gaji                               Bonus                         Jumlah
Tahun 2009          RM 440,000.00              22,000.00                    RM 640,000.00
(40,000 x 11 bulan)       (40,000 x 5 bulan)

Tahun 2010          RM 480,000.00              280,000.00                 RM 760,000.00
(40,000 x 12 bulan)       (40,000 x 17 bulan)
----------------------------     ---------------------------     -------------------------
Jumlah Besar          RM 520,000.00             RM 480,000.00            RM 1,400,000.00
----------------------------     ---------------------------     --------------------------

Ini tidak termasuk lain-lain faedah tambahan sebagai Pengurus Besar PKNS.

WAH! Gaji dan kemudahan-kemudahan lain Pengurus Besar PKNS mungkin lebih baik daripada YAB Menteri Besar sendiri, atau Ketua Setiausaha Negeri. Apa komen YB dari Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Mungkin inilah yang TERSIRAT. Memaksimumkan keuntungan untuk MENGHALALKAN BONUS BESAR, walaupun rakyat terpaksa menanggung beban dengan harga rumah PKNS yang melambung tinggi.

KPI PKNS bukan memaksimumkan keuntungan semata-mata tanpa mengira tanggungjawab sosial. BUAT KEUNTUNGAN ke satu tahap yang mampu memberi objektif subsidi silang.
YAB MENTERI BESAR – Adakah ini selaras dengan Tema Bajet 2012 – HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT.

PERLANTIKAN PERUNDING DAN PEGAWAI KONTRAK

Di bawah pengurusan baru PKNS melantik ramai pakar perunding dan pegawai-pegawai kontrak keran atidak percaya dengan kebolehan pegawai-pegawai PKNS yang sedang berkhidmat.
Kebanyakan pegawai-pegawai kontrak diletakkan di bawah anak syarikat PKNS Holdings. Mendapat gaji lumayan mengikut pasaran semasa. CATITAN
Tidak perlu lantik ramai pegawai-pegawai kontrak. Pegawai-pegawai yang ada sudah banyak pengalaman. Terbukti keberkesanannya.
Ada yang melakukan tugas-tugas semasa pegawai-pegawai yang ada. TIDAK BANYAK NILAI TAMBAHAN.
PERLANTIKAN RAMAI PEGAWAI KONTRAK DAN PAKAR-PAKAR PERUNDING MENAIKKAN KOS PENGURUSAN PKNS DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA.

CONTOH
PERLANTIKAN BEYOND BRAND COMMUNICATION

Sediakan Teks Ucapan Pengurus Besar  = RM7,000.00 sen
Perkhidmatan Perunding                     = RM 400,000.00 sen
Perkhidmatan Perunding Komunikasi     = RM 400,000.00 sen

Tuntutan Julai 2010                                   = RM   34,800.00 sen

Program Rebranding PKNS                     = RM 200,000.00 sen

ULASAN
Tidak perlu dan mendesak.
Dalam pasaran hartanah, PKNS mempunyai imej dan jenama yang kukuh dan terbukti hingga sekarang. Tidak perlu perkhidmatan berlebihan melalui pakar perunding yang memerlukan bayaran tinggi.
PKNS mempunyai Bahagian Perhubungan Awam dan pemasaran yang berpengalaman.

PERLANTIKAN SYARIKAT WEIPR
(PROF ERMAN PAPAZIAN)
Perunding Pembangunan hartanah selama 6 bulan.
Bayaran RM 450,000.00 untuk SAINS PARK 2 dan RM 485,000.00 untuk BERNAM JAYA.
Perlantikan tanpa kelulusan Jawatankuasa Tender PKNS.
Diberi kuasa memilih pelabur-pelabur luar negara.

SOALAN
Berapa banyakkah pelaburan yang telah diperolehi oleh PKNS? Berapa nilai pelaburan.

Tuan Speaker,

SUASANA POLITIK SELANGOR DAN KEMANTAPAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI DI BAWAH KEPIMPINAN YAB MENTERI BESAR DARI IJOK

Kelicinan pembangunan sosio-ekonomi dan pentadbiran negeri Selangor banyak bergantung kepada kesetabilan dan kemantapan pentadbiran Kerajaan negeri. Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Selangor dari IJOK didapati kurang stabil ini tidak memeranjatkan kerana Kerajaan Pakatan Pembangkang dibentuk oleh tiga parti yang berlainan ideologi dan pendekatan. Mereka bersatu HANYA untuk dapatkan kuasa. Kata orang Putih, hanya ’MARRIAGE OF CONVENIANCE’.
PKR konon dengan penekanan kepada keadilan sosial terutama untuk Ketua Umumnya
DAP dengan konsep Malaysian Malaysia
PAS dengan konsep NEGARA ISLAM dan HUKUM HUDUD. Sekarang dibuang negara ISLAM Beralih kepada NEGARA KEBAJIKAN.
Mereka mempunyai kepentingan berbeza dan bertentangan dalam beberapa isu pokok – AGAMA, Budaya, Bahasa dan Kepentingan Etnik. Sebab itu terdapat banyak isu-isu rakyat dan negeri tidak diputuskan secara muktamad dan sepakat oleh Kerajaan. RAKYAT keliru dan kakitangan Kerajaan berbelah bagi dan serba salah. Ada keputusan dibuat, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

CONTOH –
Isu penjualan arak, isu Kalimah Allah, hotel-hotel bajet, lesen-lesen hiburan, isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor dan baru-baru ini Isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Perhimpunan HIMPUN di Stadium Shah Alam. Ini diakui sendiri oleh ADUN Gombak Setia, Merangkap Pengerusi Jawatankusa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Kebudayaan, Warisan dan Infrastruktur dan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau mengakui menghadapi masalah dalam isu penjualan arak secara terbuka kerana tidak dapat sokongan daripada beberapa rakan sejawatanyya dalam Pakatan Pembangkang.

Dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh JAIS, pendirian beliau didapati bercanggah dengan pendirian YAB Menteri Besar dan lain-lain rakannya dalam Exco. Ketidaksepakatan ini tidak baik untuk kelicinan pentadbiran Kerajaan negeri Selangor.
Dalam konteks ini, yang menjadi serba salah dan sentiasa mengalah ialah PAS. Dua lawan satu. Ada beberapa isu diperingkat PBT – PAS tak setuju, kerana ideologi dan dasar parti, tetapi kedua-dua rakan lain bersetuju dan VETO PAS; akhirnya perjuangan mati ditengah jalan. Kasihan kepada ADUN Gombak Setia. Sekarang jadi mantan dan diambil oleh ADUN MERU. Nasib PAS lebih buruk kerana ADUN Meru banyak ikut telunjuk Ahli Parlimen Shah Alam.

YAB Menteri Besar, ADUN IJOK pula tidak bernasib baik. Beliau bukan lagi Ketua PKR Negeri Selangor. Tempatnya telah diambil oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang mengambil Putrajaya dalam PRU 13 akan datang. Baru-baru ini apabila mengugut untuk letak jawatan sebagai  Ahli  Lembaga   Pengarah  PKNS,  YAB   Menteri  Besar gabrah. Beliau kekal Lembaga PKNS dengan syarat yang terpaksa dipenuhi oleh YAB Menteri Besar. Nasib YAB Menteri Besar lebih malang sebagai Ketua PKR IJOK. Mesyuarat Agung PKR Ijok kecoh mempersoalkan penyata kewangan tahunannya. Kalau diperingkat Bahagian Ijok sudah ada masalah, bagaimana hendak tadbirkan negeri dengan cekap.

Saya terpaksa membangkitkan isu ini, bukan hendak main politik. TETAPI keadaan seperti ini perlu rakyat Selangor tahu dan sedar sebab ketidak sefahaman, kecelaruan dan ketidak sepakatan anggota Kerajaan Pakatan Pembangkang terbukti memberi kesan kepada kelicinan dan kesetabilan sosio-politik serta kemantapan pentadbiran Kerajaan negeri Selangor. Apalagi ini melibatkan kredibiliti YAB Menteri Besar selaku Ketua Eksekutif Negeri Selangor, yang sepatutnya mempunyai ’strong-central command’ dengan izin.

APA KOMEN YAB dari Ijok, Gombak Setia, Bukit Damansara dan Kinrara.

Tuan Speaker,

PENUTUP

Saya telah bangkitkan beberapa isu pokok dan contoh-contoh serta bukti PELANGGARAN JANJI-JANJI KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG samada melalui MANIFESTO PRU 12 atau janji-janji baru dalam tempoh pentadbiran mereka selama tiga tahun tujuh bulan. Semuanya banyak berfokus kepada isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. TERUTAMA yang melibatkan tubuh badan YAB Menteri Besar dari Ijok yang sentiasa digembar-gemburkan sebagai tokoh korporat yang berwibawa. INDAH KHABAR DARI RUPA.

•Rakan-rakan saya yang lain akan membangkitkan banyak lagi isu-isu PELANGGARAN JANJI, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan ketidak pertanggungjawaban Kerajaan, pasukan kepimpinannya dan agensi-agensi di bawah pentadbiran Kerajaan negeri.
34.Dalam konteks Bajet 2012, YAB Menteri Besar selalu menekankan pengurusan perbelanjaan dengan cekap. Salah satu strategi Bajet 2009. Sudah barang tentu Bajet ini telah disediakan dengan terperinci, realistik untuk dilaksanakan, menepati dengan jangkaan dan kemampuan jentera Kerajaan.
Kita berharap selepas Bajet ini diluluskan, tidak ada permohonan tambahan peruntukan dalam jumlah yang terlalu tinggi seperti di masa-masa yang lalu. JIKA ini masih berlaku, strategi untuk menguruskan perbelanjaan Kerajaan dengan cekap seperti yang ditekankan dalam Bajet 2009 dan 2011 dan 2012 hanya Retorik Kerajaan dan janji-janji PALSU sahaja. Walaupun permohonan peruntukan tambahan merupakan perkara biasa samada diperingkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tetapi jangan sampai keterlaluan dan di luar kawalan Kerajaan.
SAMA-SAMALAH kita lihat samada janji-janji ini ditunaikan.

Dengan harapan inilah, Tuan Speaker saya mengakhiri ucapan saya. TERIMA KASIH.

TQKITAGEMPUR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger