Bila kita sebut tentang Dasar Penswastaan, kita mesti teringat dengan kenyataan Menteri Besar Selangor bahawa Dasar itu sebenarnya memberi beban tambahan kepada rakyat. Dalam ertikata lain dasar itu akan menyebabkan kenaikkan harga. Menteri Besar juga mengatakan bahawa dasar tersebut yang dijalankan oleh kerajaan BN terdahulu menyebabkan Selangor kehilangan sebanyak RM 30 billio dalam tempoh 30 tahun memerintah. MB juga mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan meneruskan projek hartanah secara usahasama dan penswastaan.. Tindakan juga telah diambil supaya PKNS menghentikan projek penswastaan secara serta merta.
Seperti biasa itu adalah slot drama daripada kerajaan Selangor untuk meraih simpati rakyat. Perkara ini kita sudah sedia maklum. Sidang Dun yang sedang berlangsung sekarang telah membogelkan Menteri Besar yang jambulnya menjadi pujaan ramai anak dara tua termasuk Faekah. Orang yang membogelkan beliau di dalam dewan adalah Ketua Pembangkang Selangor iaitu Datuk Satim Diman.
Menteri Besar perlu menjelaskan tentang Projek PKNS Sains Park seluas 22.39 ekar yang dibuat secara usahasama diantara PKNS Holding dan UAPE secara 30:70 mengikut ekuiti. Menteri Besar perlu menjelaskan kenapa ianya diteruskan, siapa pemegang amanah UAPE dan juga bagaimana perlantikan dibuat. Adakah secara runding terus ataupun secara direct nego.
Dasar Penswastaan yang menjadi satu senjata untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional boleh dikatakan sudah makan tuan. Ini yang dikatakan senang cakap bila tak ada kuasa. Bila ada kuasa cakap pun tak serupa bikin.
Layakkah kepimpinan seperti ini diberi peluang kedua? Fikir-fikirkanlah
Artikel tentang penyelewengan ini di sini.
TQKITAGEMPUR
Post a Comment