Label 10

Home » » SHAH ALAM !! BANGLA BERJAYA PUJUK MELAYU SERAH ANAK UMUR 14 TAHUN UTK BUAT BINI ?!! KALID GAGAP TAK JALANKAN TUGAS ?!!

SHAH ALAM !! BANGLA BERJAYA PUJUK MELAYU SERAH ANAK UMUR 14 TAHUN UTK BUAT BINI ?!! KALID GAGAP TAK JALANKAN TUGAS ?!!

Written By AAKJ on Monday, November 14, 2011 | 3:37 PM

GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM: Gara-gara terpengaruh dengan pujuk rayu dan sogokan wang, seorang lelaki pencuci bangunan sanggup memaksa anak perempuan berusia 14 tahun berkahwin dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 46 tahun di Shah Alam, di sini.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu mengenali lelaki warga asing itu sejak hujung tahun lalu kerana lelaki itu pernah menyewa rumahnya.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Rani, 38, berkata, lelaki warga asing itu pernah menyuarakan hasrat meminang anaknya pada hujung tahun lalu, tetapi ditolak.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan tidak putus asa dan berbaik semula dengan suaminya serta sering membawanya keluar makan.

Selain itu, lelaki warga asing itu dipercayai turut menyogok suaminya dengan wang selain memujuknya setiap hari hingga suaminya terpengaruh dengan/hasrat lelaki berkenaan.

“Sejak empat bulan lalu, suami saya berkelakuan pelik dan mula memaksa anak perempuan saya yang juga anak kedua daripada tujuh beradik berkahwin dengan lelaki warga asing itu.

“Kemuncaknya, suami saya menetapkan 12 November ini sebagai tarikh pertunangan mereka dan saya nyaris mengambil keputusan meminum racun bersama anak sekiranya suami meneruskan niatnya itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga membuat laporan di Balai Polis Klang berhubung kejadian berkenaan kerana tidak ingin menghancurkan masa depan anak yang masih menuntut di tingkatan dua.

Katanya, akibat menolak cadangan untuk mengahwinkan anak dengan lelaki warga asing itu, suaminya mengoyakkan surat daftar kahwinnya selain menyatakan niat untuk bercerai jika tidak membenarkan perkahwinan ini berlangsung.

Rani berkata, dia kini berharap agar tindakan daripada pihak polis dapat menghalang perkahwinan anaknya yang masih di bawah umur itu.

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
10/11/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger