Label 10

Home » » KELANTAN !! GURU BANGSA CINA D TUDUH ROGOL PELAJAR DARJAH 6 !! NIK AZIZ TAK PEDULI ?!!

KELANTAN !! GURU BANGSA CINA D TUDUH ROGOL PELAJAR DARJAH 6 !! NIK AZIZ TAK PEDULI ?!!

Written By AAKJ on Monday, November 14, 2011 | 3:03 PM

KOTA BHARU - Seorang guru yang berdepan tuduhan merogol dan cuba mencabul seorang muridnya yang berusia 12 tahum di makmal sains sebuah sekolah di Pasir Puteh, tiga tahun lalu diarah bela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rofiah Mohamad memutuskan perkara itu selepas pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali berjaya membuktikan prima facie kes terhadap tertuduh.

Tertuduh, Yek Hock Soon, 28, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap mangsa di makmal sains sekolah tersebut pada Ogos 2009.

Hock Soon yang dituduh pada 18 Januari lalu itu merekodkan pengakuan tidak bersalah sebelum memilih untuk memberi keterangan bela diri secara bersumpah pada Disember depan.

Bagi pertuduhan pertama, Hock Soon yang berasal dari Sitiawan, Perak didakwa merogol kanak-kanak itu tanpa kerelaannya antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009 di sekolah tersebut.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol kanak-kanak bawah 12 tahun dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Hock Soon didakwaan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya di tempat sama pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos 2009.

Hujah bela diri 28 dan 29 Disemeber depan.

SH 11/11/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger