KANGAR: Hasrat seorang bapa mendengar perbicaraan kes bunuh anaknya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bertukar menjadi detik memalukan apabila dia dicekup penguat kuasa agama di luar mahkamah atas kesalahan khalwat dilakukannya, awal tahun ini.
Sebelum itu, dia yang berpakaian baju biru hadir ke mahkamah bagi mendengar perbicaraan anaknya dengan ditemani keluarga angkat anaknya sebelum ditahan anggota Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) selepas prosiding ditangguhkan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Dia yang menggunakan tangga belakang bangunan mahkamah ditahan tiga anggota penguat kuasa Jaips yang menunggunya sebelum menggari dan membawanya keluar dari kompleks mahkamah itu.
Sumber Jaips berkata, lelaki berkenaan ditahan apabila satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya selepas gagal hadir pada perbicaraan kes khalwat pada Mei tahun lalu di Mahkamah Syariah, di sini.
Katanya, sebelum ini beberapa waran tangkap pernah dikeluarkan dan pihaknya gagal mengesan tertuduh berikutan alamat yang diberikan tidak tepat di samping sering berpindah ke kawasan lain.
HM 1/11/2011
Post a Comment