Label 10

Home » » shockK !! SUAMI PENGGAL KEPALA ISTERI KERANA TUNTUT CERAI !!

shockK !! SUAMI PENGGAL KEPALA ISTERI KERANA TUNTUT CERAI !!

Written By AAKJ on Friday, October 7, 2011 | 11:54 AM


Seorang bos stesen televisyen dinyatakan bersalah kerana menikam isterinya sehingga mati sebelum akhirnya memenggal kepalanya pada Februari 2009. Kekejaman ini dilakukan enam hari setelah si isteri mengajukan tuntutan cerai.
Panel Juri di pengadilan New York memutuskan bos eksekutif bernama Muzzammil Hassan (46) bersalah atas pembunuhan tingkat dua atas kematian isterinya yang bernama Aasiya Hassan.
Muzzammil, warga Amerika Syarikat (AS) kelahiran Pakistan, tidak pernah menolak tuduhan jika dia membunuh isterinya namun dia membantah melakukan kekerasan kepada Aasiya dan hanya membalas sebagai upaya bela diri.

Dia bertindak sebagai pengacara atas dirinya dalam sidang yang berlangsung selama tiga minggu dan menolak bantuan penasihat hukumnya, Jeremy Schwartz.
Muzzammil, mendirikan televisyen Bridges TV, sebuah rangkaian televisyen yang dibangun pada tahun 2004 sebagai upaya perlawanan terhadap pandangan negatif kepada umat Muslim di negara itu pascaserangan  9/11. Dia menghadapi ancaman hukuman penjara seumur hidup.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger