Label 10

Home » » MEREKA PUN SAYANGKAN RAJA MEREKA! D MALAYSIA ADA YG CUBA GUGATKAN KESETIAAN PD RAJA?

MEREKA PUN SAYANGKAN RAJA MEREKA! D MALAYSIA ADA YG CUBA GUGATKAN KESETIAAN PD RAJA?

Written By AAKJ on Friday, October 7, 2011 | 1:27 PM

PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.

Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.

Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.

Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.

Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.

Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - AP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger