Demam PRU semakin hampir, sungguhpun banyak teori terhadap tarikh keramat itu. Dijangkakan, ia merupakan PRU paling sengit akan berlaku dalam sejarah Malaysia. Sebahagian pemerhati politik percaya ia juga bakal menjadi PRU paling kotor, dengan mainan isu-isu sensitif, yang selama ini terkawal dengan adanya Akta ISA.
Paling menarik, pertembungan PKR dan PAS yang masing-masing mengaku dominan di kawasan yang menjadi rebutan. Shah Alam, Kota Raja, Sementa, Kapar dan beberapa kawasan lagi menjadi medan pertelingkahan di antara mereka.
Menyorot kisah 2004 dan 2008, PAS tidak berganjak dari keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana yakin peluang untuk menang adalah tinggi. Percubaan PKR, contohnya di Parlimen Shah Alam telah mendapat tentangan, walaupun ada “urusniaga” yang agak melampau dari PAS, sehinggakan PKR mengambil keputusan untuk memilih kerusi lain dan tidak menurut “urusniaga” terbabit. Akhirnya, PKR diberikan kerusi campuran, yang mana majoriti Melayu seimbang dengan kaum lain, atau Melayu sebagai minoriti.
Tsunami 2008 memperlihatkan PKR menang di kerusi yang pernah di”reject” oleh PAS, malah berjaya mengalahkan majoriti kerusi yang dimenangi oleh PAS. Ia menjadi suatu kejutan yang mana membawa kepada jawatan Menteri Besar menjadi milik PKR.
Trend terbaru ini telah menjadi ikutan PAS, yang memperkenal “PAS For All”, slogan yang cukup mesra dan dikenali di serata dunia kerana mirip kepada “Israel For All”. Ideanya mudah, iaitu untuk mendapat undi bukan Melayu, seperti mana yang telah dibuktikan oleh PKR. Bukan itu sahaja, PAS mengorak langkah dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang dianggotai oleh kaum Cina dan India.
Atas dasar itu, PAS mula menuntut kerusi yang mempunyai komposisi berbilang kaum. Perkara-perkara diatas menjadi alasan terkuat bagi desakan tersebut.
Sebenarnya itu adalah helah politik PAS, yang dilihat semakin hilang sokongan, terutamanya dari orang Melayu dan penganut agama Islam berikutan beberapa kontroversi yang melukakan hati rakyat. Ia dibuktikan apabila BN memenangi PRK-PRK sehingga membawa kepada kekalahan PAS di PRK Galas, Kelantan, tempat suci si Tuan Guru. Di Tenang dan Merlimau juga menunjukkan betapa orang Melayu khususnya sudah jemu dan muak dengan politik kehancuran yang dibawa oleh PAS.
Post a Comment