Label 10

Home » » perghH !!! ATOK UMUR 120 KAWIN MUDA..peeewiiiTT !!

perghH !!! ATOK UMUR 120 KAWIN MUDA..peeewiiiTT !!

Written By AAKJ on Friday, October 28, 2011 | 7:20 PM


Tidak ada kata tua untuk mencari kebahagiaan. Itulah yang dilakukan Haji Abdul Noor yang berkahwin lagi ketika usianya sudah 120 tahun.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal dunia, Noor berkahwin lagi dengan Samoi Bibi (60) di Satghori, sebuah perkampungan terpencil di Karimganj, negeri Assam.


Di desa yang tenang itu, perkahwinan pasangan lanjut usia ini menjadi sebuah peristiwa besar. Perkahwinan ini dihadiri lebih daripada 500 tetamu, seperti dilaporkan Times of India, Rabu (26/10/2011).

“Dalam senarai pemilih, usia saya ditulis 116 tahun. Namun, sebenarnya saya berumur 120 tahun,” kata Noor.
Anak-anak Noor sendiri yang mencari isteri baru bagi ayah mereka. “Tak lama setelah ibu meninggal, ayah meminta kami mencarikan dia isteri agar ada yang merawat beliau,” kata Haji Azir Uddin, putra Noor.

Uddin mengakui, bukan perkara mudah untuk mencarikan isteri bagi orang yang berusia 100 tahun. “Namun, dengan pertolongan Tuhan, kami berjaya mencari ibu baru walaupun usianya separuh usia Ayah. Dia pernah berkahwin, tetapi suaminya meninggal dan dia tidak dikurniakan anak,” lanjut Uddin.

Noor mengetuai satu keluarga besar yang terdiri daripada 122 orang, termasuk dua anak lelaki, empat anak perempuan, dan banyak sekali cucu. – Diolah dari: kompas.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger