Label 10

Home » » PENANG DEFISIT HAMPIR RM300,000,000.00 UTK 2012..RAKYAT WAJIB TAHU !!

PENANG DEFISIT HAMPIR RM300,000,000.00 UTK 2012..RAKYAT WAJIB TAHU !!

Written By AAKJ on Tuesday, October 25, 2011 | 2:19 PM


GEORGE TOWN


TQKLPOS
, 24 Okt 2011 - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang Isnin membentangkan belanjawan 2012 berdefisit RM213.71 juta berbanding defisit jangkaan untuk tahun 2011 sebanyak RM107.78 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan belanjawan tahun 2012 dijangka defisit sebanyak RM213.71 juta itu akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM572.49 juta.

Katanya, sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta juga telah dijangka dalam belanjawan tahun semasa 2011, namun Kerajaan Negeri dijangka masih berupaya mencatat lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Dengan simpanan terkumpul negeri bertambah pada akhir tahun 2011 nanti, keperluan untuk mempertanggungkan perbelanjaan negeri tahun 2012 kepada simpanan terkumpul dijangka tidak akan melibatkan pengurangan drastik kepada jumlah simpanan terkumpul negeri," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Selain itu, Lim berkata berdasarkan punca negeri, belanjawan keseluruhan yang dicadangkan bagi tahun 2012 sebanyak RM740.53 juta, tidak mengambilkira RM12.0 juta pinjaman Persekutuan, yang merupakan peningkatan RM102.48 juta atau 16.06 peratus berbanding belanjawan keseluruhan daripada punca negeri untuk tahun 2011 sebanyak RM638.05 juta.

Beliau berkata anggaran belanjawan mengurus berjumlah RM599.60 juta merupakan peningkatan sebanyak RM106.50 juta atau 21.6 peratus jika dibandingkan dengan belanjawan mengurus tahun 2011 sebanyak RM495.10 juta.

"Manakala anggaran belanjawan pembangunan daripada punca negeri sebanyak RM320.93 juta jika dibandingkan dengan belanjawan pembangunan cara langsung tahun 2011 (RM294.95 juta), merupakan peningkatan RM25.98 juta atau 8.81 peratus," katanya.

Lim berkata kerajaan Pulau Pinang menganggarkan hasil yang dikutip akan melebihi RM385 juta iaitu peningkatan RM562,160 atau 0.15 peratus berbanding anggaran tahun semasa 2011 (RM385.33 juta).

Menurutnya, pertambahan hasil yang dijangka amat sedikit sekali kerana kerajaan negeri tidak mempunyai hasil sumber baru.

"Jumlah hasil negeri telah melonjak naik kepada RM513.45 juta setakat 12 Oktober 2011 berikutan dihapus kira baki pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar, tetapi pencapaian tersebut tidak dapat diulangi pada tahun 2012," katanya.

Lim berkata kerajaan negeri yakin anggaran hasil lebih RM385 juta akan dapat dikutip dan optimistik kutipan hasil tahun 2012 akan dapat ditingkatkan lagi berbanding anggaran.

"Kandungan hasil tahun 2012 terdiri daripada perolehan cukai sebanyak RM127.50 juta atau 33.04 peratus, hasil bukan cukai RM145.27 juta atau 37.65 peratus dan terimaan bukan hasil RM113.12 juta atau 29.31 peratus," katanya.

Kerajaan negeri, katanya, akan terus berusaha menambahkan hasil melalui peningkatan sistem pengurusan hasil, kecekapan dan ketegasan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger