Label 10

Home » » KELANTAN !! UMUR 75 TAHUN MASIH KUAT UTK MEROGOL BUDAK 12 TAHUN !! puiiiHH !!

KELANTAN !! UMUR 75 TAHUN MASIH KUAT UTK MEROGOL BUDAK 12 TAHUN !! puiiiHH !!

Written By AAKJ on Tuesday, October 25, 2011 | 2:27 PM




KOTA BHARU: “Pada umur seperti kamu sepatutnya berada di masjid berbuat amal ibadat. Sudah tidak sesuai bergari seperti ini dan berdiri di kandang pesalah," demikian kata Hakim, Zainal L Saleh.

Mat Amin Hussin, 75, atau dikenali sebagai ‘Pok Min’ dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya di alamat tanpa nombor di kampung berkenaan pada jam 2 petang, 27 Julai lalu.

Beliau yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.

“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.

“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.

Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan seorang warga emas berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku merogol seorang kanak-kanak 10 tahun di tempat, masa dan tarikh sama.

Lelaki berkenaan Dollah Senik yang dikenali sebagai ‘Pok Loh’ adalah rakan kepada ‘Pok Min’ dan berdasarkan fakta kes, mangsa kedua-duanya adik-beradik.

Oleh Asmizan Mohd Samiran

mizan@hmetro.com.my
- HM SH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger