Laporan tengah malam semalam memaklumkan bahawa Majlis Peralihan Negara akan menyerahkan mayat diktator ini kepada ahli-ahli keluarganya. Rakaman dramatik yang terbaru ini menjawab beberapa misteri bagaimana punca kematian Gaddafi ketika balunya memohon siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana suaminya meninggal dunia.
Imej-imej yang muncul ini menolak dakwaan kerajaan baru Libya kononnya bekas pemimpin itu telah dibunuh tembakan curi semasa di dalam perjalanan ke hospital. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan hukuman bunuh yang penuh kegilaan ini semasa Gaddafi dikelilingi oleh pemberontak yang bersorak.
Nafas terakhir: Sepucuk pistol dihalakan ke arah Gaddafi yang berlumuran darah ketika dia diletakkan di dalam ambulans. Tidak lama kemudia dia dilihat sudah mati dihadapan khalayak ramai.
Saat kematiannya: Imej- imej ini diambil dari video yang baru dikeluarkan, Gaddafi nampaknya memegang kerongkongnya ketika pistol ditekan di kepalanya.
(Kiri)Pistol yang ditujukan ke bahu Gaddafi meningkatkan kemungkinan beliau telah ditembak di sini untuk kali pertama. (Kanan) Pistol itu kemudian ditujukan ke arah kepala diktator yang ketakutan.
Detik terakhir: Gaddafi dipalingkan untuk menghadap tanah, satu tanda jelas yang biasa dijalankan untuk mengelakkannya daripada melihat mata si pembunuh.
Terbunuh: Klip kedua yang dirakamkan di lokasi yang sama dan dengan teriakan suara di belakang kini menunjukkan Gaddafi sudah pun mati.
Gaddafi di dalam ambulans: Pemandu ambulans berkata diktator sudah mati ketika itu dan dia tidak cuba untuk memulihkan dia.
Pemandu ambulans, Ali Jaghdoun, berkata Gaddafi telah mati ketika dia melihatnya dan kemudian keluar dari bandar Misrata. 'Saya tidak cuba untuk merawatnya kerana dia sudah meninggal'.
Pemangku Perdana Menteri Mahmoud Jibril berkata hari ini bahawa siasatan ke atas siapa yang menembak Gaddafi akan diteruskan.
Dia telah memberikan pandangannya sendiri peristiwa-peristiwa yang mungkin membawa kepada kematian bekas pemimpin Libya itu.
Beliau berkata: 'Ia seolah-olah ada pertempuran di antara pasukan keselamatan Qatar Gaddafi dan pejuang kebebasan. Dia bersembunyi di sejenis saluran kumbahan. Salah seorang daripada tentera upahan dari Mauritanian telah menemuinya (Gaddafi dan memaklumkan) kepada pejuang-pejuang kebebasan yang Gaddafi bersembunyi di dalam saluran tersebut,'.
'Jadi mereka pergi ke sana membawanya keluar dan menaiki trak itu untuk membawanya ke hospital.
'Di dalam perjalanan mereka, mereka terperangkap di dalam tembak-menembak di antara pejuang-pejuang kebebasan dan pasukan keselamatan. Dia ditembak di kepala. Kami tidak tahu sama ada beliau telah ditembak oleh pejuang-pejuang kebebasan atau pasukan keselamatan.'
Kepala Gaddafi dipalingkan sedikit ke kiri. Dipercayai ia dilakukan untuk menyembunyikan lubang peluru di kepalanya.
Tubuhnya kini disimpan di dalam bilik penyejuk daging bersebelahan Mutassim, anaknya yang turut mati. Luka peluru boleh dilihat dada dan bahagian atas lengan kirinya. Seorang saksi yang melihat dari dekat dapat melihat saki-baki serbuk letupan di sekeliling luka yang sering selaras dengan keadaar ia ditembak pada jarak dekat. Pelawat diberikan topeng untuk dipakai kerana bau busuk.
Seorang tokoh kanan di kalangan pejuang-pejuang di Misrata berkata mereka dia malu dan kesal dengan cara seorang lelaki memaklumkan berita kematian Gaddafi kepada anak perempuannya, Aishah, yang menghubungi Gaddafi sejurus selepas dia ditembak.
'Aisha menelefon dan salah satu daripada pihak pemberontak menjawabnya," kata komander. Beliau berkata: "Sudah selesai. Abu Shafshufa mati''.
TQ
Post a Comment