Label 10

Home » » CHINA PRESS !! SURAT KABAR CINA DAP ?!!

CHINA PRESS !! SURAT KABAR CINA DAP ?!!

Written By AAKJ on Thursday, October 27, 2011 | 11:58 AM



Apabila seorang wartawan yang menamakan dirinya sebagai Koh Kok Wee menulis dalam China Press dan mencerca blogger-blogger pro-UMNO sebagai ‘Blogger Yang Tidak Bersekolah’ dalam isu anak lelaki Guan Eng mencabul teman sekelasnya, ia merupakan satu bukti jelas bagaimana wartawan tersebut sebenarnya adalah seorang rakyat Malaysia (kalaulah dia rakyat Malaysia) yang tidak faham langsung tatabahasa dan nahu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebaliknya wartawan berkenaan, hanyalah seorang wartawan yang bukan sahaja jahil, sebaliknya tidak pernah berusaha memperbaiki kefahamannya terhadap Bahasa Kebangsaan. Bagaimanapun, seandainya dia wartawan yang berasal dari China dan baru sahaja berada di negara ini, maka kelemahan tersebut wajar dimaafkan.
Koh Kok Wee menulis ‘Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah’ atas kecenderungannya terhadap Lim Guan Eng, dan bukannya atas dasar moral. Simpati China Press terhadap DAP dan Lim Guan Eng sememangnya sudah terbukti dalam banyak keadaan. Dalam beberapa peristiwa yang membabitkan UMNO dan Barisan Nasional, khususnya MCA, China Press mengambil sikap berdiam diri.


Bagaimanapun, sikap akhbar tersebut berbeza sama sekali apabila ianya membabitkan DAP dan Lim Guan Eng.

Tidak boleh disalahkan kerana apabila terdapat kepentingan sesuatu pihak di dalam sesebuah penerbitan akhbar, maka pihak itulah yang akan disokong dan menjadi kecenderungan akhbar tersebut.

Secara tidak langsung, akhbar berbahasa Cina itu yang turut menjadi sebahagian daripada pejuang kebebasan bermedia, sebenarnya tidak lebih daripada pembohong dan pendusta memandangkan mereka sendiri mengamalkan sikap berat sebelah dan tidak beretika dalam membuat laporan.
Kebodohan wartawan tersebut dapat ditelah menerusi tulisannya yang membuta tuli dan semberono. Dia tidak membaca blog-blog yang dilabelkannya sebagai ‘Tidak Sekolah’.

Hampir kesemua blog tersebut bertanyakan kepada Lim Guan Eng tentang kesahihan dakwaan asal tentang kes yang melibatkan anak lelaki Guan Eng dan seorang pelajar perempuan di SJKC Heng Ee dan motif perpindahan sekolah anak lelaki Guan Eng.

Bagaimanapun, para pemimpin DAP khususnya Tony Pua menggunakan gambar hiasan yang diletakkan pada pada blog-blog berkenaan sebagai senjata untuk membalas dakwaan, bukannya menjawab dakwaan tersebut. Gambar pemain catur tersebut sebenarnya bukanlah isu utama, sebaliknya yang menjadi isu utama adalah anak lelaki Guan Eng yang dituduh melakukan perbuatan berkenaan.

Ternyata, wartawan berkenaan tidak sahaja gagal memahami struktur ayat dan pembacaan, malahan dia semakin meleret-leretkan hujah yang tidak sepadan dengan dakwaan terhadap anak lelaki Guan Eng. Dengan kata lain, hujah wartawan tersebut langsung tidak membantu, sebaliknya semakin mengesahkan bahawa anak VVIP tersebut memang anak lelaki Guan Eng.

Kejahilan wartawan yang bernama Koh Kok Wee itu sebenarnya berpunca daripada sekolah vernakular yang langsung tidak lagi menitikberatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan. Agak aneh memandangkan wartawan tersebut tidak juga menasihatkan Guan Eng agar membuat laporan polis dan membiarkan polis menyiasat kes berkenaan, sebaliknya sekadar menyerang blog-blog yang meminta agar Guan Eng menjelaskan dakwaan itu.

China Press agak beruntung kerana pengantar utamanya adalah Bahasa Cina dan kelompok pembacanya juga sangat ramai. Dengan beranggapan bahawa apa-apa sahaja yang ditulis tidak akan sampai ke pengetahuan bukan pengguna Bahasa Cina, maka akhbar berkenaan bebas melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta.


Barangkali wartawan berkenaan perlu kembali ke sekolah dan belajar semula Bahasa Kebangsaan selain menguasainya sebelum mula menulis dan membuat pembohongan yang bukan-bukan.

RUJUKAN: MYMASSA
Sel13.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger