Kita tentu masih ingat tentang isu Nik Aziz yang pernah dihadapkan kepada SPRM di atas tuduhan rasuah :-
(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.
(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Untuk menyetahui lebih lanjut KLIK SINI
Sekarang ada yang baru pula. Rujuk di bawah :-
Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya memang licik. Banyak penyelewengan yang dibongkarkan di blog-blog mesra Kerajaan terutama yang melibatkan menantu hantu Menteri Besar Kelantan gagal dimanafaatkan oleh SPRM untuk mengheret Arrifahmi ke mahkamah.
Terbaru Wali Selipar PAS bersubahat pula dengan dua orang Melayu Kelantan yang kaki penipu, Rahmat Ibrahim dan saudaranya Amnah Ibrahim dalam kes Ladang Rakyat.
Dua saudara ini telah mendapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong melalui syarikat mereka, Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.
Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk membantu 4,500 orang miskin. (Baca salinan Haprakdaily di bawah).
Wayang yang dimainkan bukanlah sebenarnya untuk membantu orang-orang miskin sebaliknya hanya untuk membuncitkan pemimpin-pemimpin PAS dan taukeh Cina.
Tanah yang kononnya diberikan kepada dua beradik Amnah dan Ibrahim rupa-rupanya hanyalah satu silap mata untuk mengaburi penjualan kesemua saham LTM kepada sebuah syarikat Cina,
Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan di atas).
Perjanjian itu turut membabitkan pengambilalihan kesemua aset dalam LTM. Dalam dokumen yang dipaparkan di atas jelas membuktikan LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang.
Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun. Habis jahanam semua tanah rizab Melayu digadaikan dan dilacurkan kepada syarikat Cina ini. SETERUSNYA
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
-
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik Ibarat biduk berlalu,
kiambang bertaut. Demi perjuangan untuk agama, tanah air dan bangsa,
ketepikan persel...
1 day ago
Post a Comment