Label 10

Home » » BAPA KANDUNG KENDURIKAN ANAK HINGGA MENGANDUNG !! tuihHH SIAL LAA!!

BAPA KANDUNG KENDURIKAN ANAK HINGGA MENGANDUNG !! tuihHH SIAL LAA!!

Written By AAKJ on Sunday, October 30, 2011 | 10:51 PM

GAMBAR HIASAN

KENINGAU: Sikap murung dialami gadis berusia 16 tahun akhirnya membongkar rahsianya yang dirogol dua kali oleh bapa kandungnya di rumah mereka di Sook sejak Julai lalu.

Dalam dua kejadian berasingan, tubuh mangsa ‘diratah’ oleh darah dagingnya ketika ibunya tiada di rumah.

Mangsa yang tidak bersekolah mengalami trauma dan murung berpanjangan selepas kejadian itu sebelum dihidu oleh ibunya apabila mendapati anak gadisnya bersikap pelik.

Akibat tidak mampu menahan desakan ibunya, mangsa menceritakan kelakuan bapanya berusia 51 tahun merogolnya dua kali iaitu pada Julai lalu dan bulan ini ketika ketiadaannya.

Sebaik mengetahui perkara itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, laporan itu dilakukan seminggu selepas kejadian rogol (kedua) berlaku.

“Bagi mengelak kejadian sama berulang, ibu mangsa melaporkan perkara itu kepada polis. Mangsa dirogol dua kali pada Julai lalu jam 7 malam dan 21 Oktober jam 2 petang ketika ibunya tiada di rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Zahari, suspek berjaya dikesan di rumahnya dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 60 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

MA 30/10/2011
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 30, 2011 at 11:43 PM

anak sendri mau makan...kenapa jadi begini? bini dah tak beri nafkah ke?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger