GAN (kanan) memeriksa dokumen pengenalan 33 wanita warga asing yang disyaki GRO ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Tanjung Tokong.
Dalam operasi kira-kira jam 11.15 malam kelmarin, seramai 33 warga China dan Vietnam berusia 20-an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan apabila menyedari kehadiran anggota polis, tetapi gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, yang mengetuai operasi itu, berkata serbuan dilakukan selepas pemantauan mendapati premis berkenaan terus mengambil warga asing sebagai pelayan pelanggan.
Katanya, operasi berkenaan bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.
“Pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bekerja sebagai GRO di premis itu. Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu,” katanya.
Wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 Peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Polis juga sedang mengesan pemilik premis terbabit dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959 / 1963 kerana menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin.
Kong Meng berkata, pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung.
BH
+ comments + 1 comments
aish.memalukan penang tul la..huhu :(
Post a Comment