Label 10

Home » » RELOAD-IMBAS !!! PAKSA BINI BERSETUBUH DEMI SEBUAH PERJUANGAN ?!!! TELADAN SEPANJANG HAYAT !!

RELOAD-IMBAS !!! PAKSA BINI BERSETUBUH DEMI SEBUAH PERJUANGAN ?!!! TELADAN SEPANJANG HAYAT !!

Written By AAKJ on Tuesday, September 27, 2011 | 11:25 AM



Ustazah dipaksa melayan kehendak seks suaminya walaupun menderita kesakitan bisul di punggung.
Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung, petikan perbicaraan 24 Mac 2010 di Kangar.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60.

Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.
“Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa,” dakwa Siti Rosmala.

Katanya, dia terpaksa akur memuaskan nafsu suami meskipun ketika mereka ‘perang besar’ antara 30 Disember 2007 dan 4 April 2008.
Guru dari Kedah itu mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa yang mewakilinya.

“Dia (Abdul Rashid) tergamak mengheret saya dari ruang tamu untuk mendapatkan nafkah batin sedangkan ketika itu kami tidak bertegur sapa.

“Ketika bisul ada di punggung, saya terpaksa tidur meniarap kerana teramat sakit namun dia tetap mahukannya. Dengan nada marah dia mengatakan bahawa sakit itu sekejap sahaja. Ketika dia melakukannya, saya bukan sahaja sakit bisul malahan hati juga cukup sakit,” tegasnya.
Selesai sahaja bersetubuh, dakwa Siti Rosmala, suami mengarahkannya keluar dari bilik dan pergi tidur bersama anak-anak.

Siti Rosmala juga mendakwa, keinginan seks Abdul Rashid cukup tinggi sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.
Dia mendakwa, defendan sering bertindak kejam termasuk memukulnya di kepala dengan rotan dan kitab ekoran kesalahan kecil.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Abdul Qayyum, 10, Hannan, 5, dan Bazlina, 3 tahun.
Sambil menangis, Siti Rosmala mendakwa, disebabkan mahu menjadi isteri yang solehah maka dia terpaksa mengikut sahaja kemahuan suaminya itu.
Abdul Rashid diwakili peguam syarie, Zulmi Sabri.


Perbicaraan bersambung 27 Mei ini.
25/03/2010
Utusan Malaysia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger