Label 10

Home » » NIKAH MAS & AIR ASIA !! BN PERTARUH NASIB 40,000 PENGUNDI BN ?!!

NIKAH MAS & AIR ASIA !! BN PERTARUH NASIB 40,000 PENGUNDI BN ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, September 27, 2011 | 11:16 AM




Blog What's Up Brader memberi timbal balas politik dari kollaborasi Airasia-MAS. Rata-rata pekerja MAS dan Firefly tidak senang hati dengan kollborasi antara Air Asia dan MAS. Mereka yang lebih lama dalam industri penerbangan merasakan Tony Fernandez dan Air Asia lebih mendapat keuntungan dari penggabungan ini.

Walaupun dikatakan penggabungan ini tidak melebihkan mana-mana pihak, nampaknya dari mula diadakan exco, pelbagai tindakan yang diambil adalah untuk kepentingan Air Asia.

Setelah dilantik Ahmad Jauhari sebagai CEO, nampaknya Tony yang lebih mengarah-arahkan pentadbiran MAS.

Menurut blog tersebut sini, beberapa sebab yang akan menimbulkan benci pekerja MAS terhadap kerajaan:

1. Banyak staff MAS are un happy with what has taken place...
2. Banyak yg akan menguntungkan tony & gang...
3. Khabarnya kamarudin maybe the key person behind this...
4. FireFly mungkin ditutup... apa jadi to the staff... Firefly suppose to compete dgn Airasia...
5. Belum apa2 lagi, MAS dah kena sponsor QPR pulak...
6. Union akan kehilangan kuasa bila operation Widebody dan 737 di pecahkan dan fleet 737 akan ditukarkan kepada Sapphire dan dikhabarkan rosmah ada kena mengena dengan Sapphire... lagi buat di org fedup... wallahhualam...
7. Kos cutting akan dimulakan dan mungkin stewardess/steward lepas ni kena share bilik hotel macam crew airasia dan mcm2 lagi
8. Kapal terbang yg tony dah order banyak2 tu akan diserapkan ke MAS... dia n geng ambik komisen la kot utk poket sendiri...
9. So MAS people r questioning.... does this exercise benefit the Rakyat and MAS staff...???? Mana pi Rakyat Didahulukan & Pencapaian Diutamakan!!!
Ada lebih kurang 20,000 pekrja MAS. Campurkan isteri satu lagi 20,000. Belum lagi anak bini, keluarga dan kenalan.

Di situ adalah lebih dari 40,000 pengundi yang akan berubah dari BN ke parti lawan.

Jawapan dan tindakan yang kerajaan dan Khazanah mahu beri adalah kepada pekerja2 MAS dan keluarga kerana mereka yang perlu diyakinkan.

Buat masa ini, mereka tak yakin tindak tanduk kerajaan adalah yang terbaik. Mereka tidak yakin dengan orang yang diletak sebagai CEO, Pengarah dan Jawatankuasa tertentu yang diberi kausa sebagai berkebolehan memacu MAS. Mereka melihat ada usaha pihak lain yang sedang menyelebelihan MAS untuk dagingnya dibahamkan kepada binatang2 liar.

Ramai pihak yang melihat adakah tindak tanduk kerajaan berupaya memulihkan MAS, kapalterbang yang mengkibarkan bendera negara. Ia juga penunjuk aras keupayaan dan kebolehan kerajaan mentadbir.

Baik batalkan saja! Penggabungan ini menembak kaki sendiri!!!
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 4, 2011 at 3:28 PM

pengurusan MAS TIDO!!!!

tukar saja pengurusan menghabihkan beras ni!!!

dapat kat idris jala dulu untun bukan main!!!

bangun MAS, jgn TIDO!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger