Label 10

Home » » ISU MURTAD !! LAPORAN JAIS AKAN D SERAH PD SULTAN ESOK..KALID NAK UBAH ??

ISU MURTAD !! LAPORAN JAIS AKAN D SERAH PD SULTAN ESOK..KALID NAK UBAH ??

Written By AAKJ on Tuesday, September 27, 2011 | 9:43 AM


Laporan Melayu Muda menyatakan berikut:

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu keputusan berkenaan laporan lengkap berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Ogos lalu akan hanya diketahui selepas Rabu ini.

“Hanya selepas hari Rabu, kerana biasanya pada setiap hari Rabu, saya akan mengadap Tuanku Sultan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian karnival Nanyang Siang Pau pada Isnin.

Memetik laporan portal TV Selangor, Khalid berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada setiap hari Rabu dan isu berkenaan akan turut dibincangkan pada pertemuan tersebut.

Pada 3 Ogos lalu, penguatkuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Isunya kita tahu Khalid adalah sebahagian dari Hearing Committee untuk isu ini. Dia telah memandai masuk campur dalam urusan JAIS.

Jangan lupa bahawa Khalid Ibrahim segera meminta maaf kepada gereja DUMC sebaik ber;laku "serbuan" Jais.

Adakah pihak pegawai kerajaan dapat menjalankan kerja tanpa masukcampur tangan Khalid?

Dipercayai Pengerusi JAIS cuba selamatkan diri dari dipertanggungjawabkan mengenai serbuan ini.

Kenapa pula Exco Ugama yang lebih memahami hukum hakam ugama tidak dibenarkan menjalankan tugas?

Semasa menjadi CEO Guthrie dahulu, Khalid cuba benarkan orang bukan Islam makan daging akikah. Ini hanya menunjukkan fahaman cetek Khalid Ibrahim mengenai ugama.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger