Label 10

Home » » BUKTI !!! 25 TAHUN KERAJAAN PAS KELANTAN TAK PERNAH TARBIYAH CINA KAPIR !!

BUKTI !!! 25 TAHUN KERAJAAN PAS KELANTAN TAK PERNAH TARBIYAH CINA KAPIR !!

Written By AAKJ on Wednesday, September 7, 2011 | 8:28 AM

AZMAN menunjukkan tanda salib terdapat di belakang gambar keluarganya yang diambil semasa hari raya pertama di sebuah kedai gambar di Kok Lanas, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.


Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.


"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.


"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.


"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.


"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.


Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.


Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.


"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.


Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.


Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.

UTUSAN
Share this article :

+ comments + 2 comments

September 7, 2011 at 9:38 AM

Allah menyuruh kita berdakwah, maknanya guna mulut untuk menyeru. Setakat tunjuk contoh yang baik tak mencukupi.

Anonymous
September 7, 2011 at 10:23 AM

Jangan menuduh orang Cina itu sebagai kafir kerana perkataan kafir itu terlalu umum dan sepatutnya penulis blog ini jangan seperti katak dibawah tempurung dan berfikiran kolot kerana:-

1) Takrifan 'kafir' boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah bagi umat Islam yang menidakkan hukum2 syariat agama Islam dan yang meninggalkan sembahyang dan lain2 ibadat utama

2) Lebih 25 juta keturunan cina yang beragama Islam di negara China itu sendiri, ini bermakna lebih banyak daripada seluruh penduduk Malaysia!

3) Di Malaysia terdapat kira2 10,000 orang2 Cina beragama Islam(ini boleh mengguris hati mereka) termasuk yang menjadi pendakwah yang lebih baik dari kebanyakan orang Melayu yang hanya bangga menjadi 'Islam Baka' tetapi enggan menurut perintah agama; buktinya kita lihat perangai orang2 Islam Melayu lebih teruk daripada perangai bangsa2 lain yang bukan Islam.
Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui. Manusia hanya pandai menipu dan menghasut.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger