Label 10

Home » » waaaHHH !! DAP ARAH KALID GAGAP JANGAN USIK GEREJA METHODIST PJ !!?

waaaHHH !! DAP ARAH KALID GAGAP JANGAN USIK GEREJA METHODIST PJ !!?

Written By AAKJ on Thursday, August 11, 2011 | 11:55 PM

Awal pagi, beberapa buah blog menyiarkan posting yang memperkatakan tentang usaha MBPJ menyita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) kerana gereja tersebut berstatus haram serta beberapa perkara yang lain. (BACA DI SINI)

Dan proses tersebut hampir berjalan dengan lancar KECUALI....

Maklumat yang baru diterima menyatakan, penyitaan tidak dapat dilakukan oleh pihak MBPJ walaupun gereja berkenaan terang-terangan berstatus haram selain melanggar banyak peraturan lain. Walaupun polis telah bersetuju untuk menghantar sepasukan anggota untuk membantu melancarkan proses penyitaan tersebut, campurtangan secara langsung daripada Exco dan Menteri Besar Selangor, menyebabkan ia tidak boleh dilkaukan.

Diberitahu, Exco Selangor yang terbabit dalam campurtangan tersebut adalah TERESA KOK, RONNIE LIU dan Khalid Ibrahim.

Diberitakan juga, selain mengeluarkan arahan agar pembatalan penyitaan, MBPJ juga dipaksa membuat penafian kononnya gereja tersebut akan disita.

Kalau benarlah seperti yang diberitahu iaitu pembatalan penyitaan dan penafian penyitaan, bermakna TERSANGATLAH BESAR KEBAJIKAN Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada gereja berkenaan. Selain daripada lambat memberikan respons, ternyata perlindungan terbesar diberikan kepada kumpulan yang terang-terangan telah melanggar dan memperlekehkan Perlembagaan Malaysia.

Pastinya, ramai penyokong Pakatan Rakyat yang takut kehilangan undi kaum Kristian akan bersorak riang dengan keputusan terbaru yang dbuat oleh kerajaan negeri Selangor ini... dan pada masa yang sama, menampakkan begitu jelas bagaimana Khalid Ibrahim sebenarnya tidak lebih daripada boneka yang tidak mempunyai sebarang daya, melainkan terpaksa mengikut perintah DAP yang berketuakan Teresa Kok!

Tahniah Pakatan Rakyat!!!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger