Label 10

Home » » MUFTI SELANGOR SOUND KALID GAGAP JAHIL !!!?

MUFTI SELANGOR SOUND KALID GAGAP JAHIL !!!?

Written By AAKJ on Thursday, August 11, 2011 | 11:45 PM


Mufti Besar Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid pula memberikan tamparan hebat kepada MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau mengulas tentang soal perlaksanaan undang-undang Seksyen 18(2) yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis arak dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dengan terus terang, Mufti Selangor bersuara meskipun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan menerima perlakuan dan layanan yang sama seperti Dato’ Khusrin, SUK Selangor yang ditekan hebat Khalid dan konco-konconya.

Mufti Selangor dilaporkan menempelak mana-mana pemimpin Kerajaan Haram Negeri Selangor yang menentang, membekukan atau membatalkan undang-undang di bawah Seksyen 18(2) yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya baru-baru ini.

Ronnie Liu dan Teresa Kok menentang keras perlaksanaan undang-undang berkaitan umat Islam ini dan berjaya membekukan sementara perlaksanaannya.

Manakala, Hasan Ali pula mewakili PAS Selangor, walaupun ber”suara” menyokong penuh perlaksanaan undang-undang oleh MPSJ ini terpaksa akur dengan desakan kedua-dua kafir harbi DAP itu.

Selain itu, Dato’ MohamadTamyes Abdul Wahid juga menggesa agar perlaksanaan undang-undang melarang umat Islam bekerja di permis arak turut sama dilaksanakan oleh seluruh PBT negeri Selangor.

Menurut Mufti Selangor tersebut, larangan dan arahan ini bukanlah datang dari dirinya dan menegaskan bahawa ianya merupakan arahan dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Mufti Selangor itu menambah, “Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan ‘orang agama’ dan bukan faham agama”.

Jelas sekali Mufti Selangor berada dipihak yang benar dan jelas sekali bahawa perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ itu sangat sesuai dan bertepatan dengan ajaran Islam dan muamalah muslimin dan muslimat di negeri Selangor.

Bacaca sepenuhnya di Pejuang Maya sini

Nampaknya dari situ, tak henti angkara Khalid mengenepikan hal kepentingan ugama Islam dan Melayu.

Dia yang mengikut saja penentnagn terhadap kepentingan Melayu dan Islam demi politik PKR sanggup meminta maaf kepada gereja DUMC tanpa melihat laporan JAIS terlebih dahulu.

Memanglah layak dia mendapat hadiah semalam....


Sejumlah 20 orang mewakili dua pertubuhan bukan kerajaan menunjuk perasaan secara aman di hadapan pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Tindakan itu bertujuan menyokong pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu

Gereja Methodist Damansara Utama Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang

Islam menghadiri majlis di
situ. -foto BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger