OKTOBER 2008 - Zakat untuk Kafir
22 Oktober 2008 SHAH ALAM- Dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.
Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik.
Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.
"Wang zakat itu memang digunakan untuk kebajikan orang Islam, anggota parti komponen BN (Barisan Nasional) dari kaum Cina dan India juga faham.
"Tetapi kini ia timbul atas kedangkalan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang mempunyai unsur-unsur kepentingan politik sampai sanggup menggadai, walaupun agamanya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam. - Utusan Malaysia
30 DISEMBER 2009 - Roboh Dewan Mengaji
OGOS 2011 - Baptiskan Melayu
TQ MYMASSA
Post a Comment