Label 10

Home » » gempARR !! KRISTIAN MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN !!

gempARR !! KRISTIAN MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN !!

Written By AAKJ on Thursday, August 18, 2011 | 12:54 PM

 
Satu rungutan bangsa asing terhadap sistem sekolah kebangsaan adalah kononnya elemen ugama Islam yang terlalu banyak dalam proses pendidikan.

Ini menjadi asas mereka mengkritik polisi penerapan nilai-nilai Islam yang sebenarnya adalah juga nilai-nilai sejagat yang ada dalam bangsa dan pemnganut ugama lain. Kononnya kerajaan mahu menjalankan dakwah Islam terhadap orang bukan Islam.

Sebenarnya asas nilai yang mahu diterapkan polisi era Mahathir adalah supaya sektor awam menerap nilai kerja yang etika, rajin dan efisyen.

Sungai Rapat Online mendedahkan semalam rupanya dalam mereka merungut dan mengkritik, mereka juga terlibat menggunakan penerapan nilai-nilai Kristian dalam sistem pelajaran.


Ogos 18hb, 2011

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.
Ini baru sekolah kebangsaan biasa.

Bagaimana pula dengan sekolah mubaligh seperti sekolah Methodist yang mana hari ini usaha untuk mengeliru, merasuah dan memujuk dakwah masuk Kristian begitu bersungguh-sungguh dan terbuka?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger