Wednesday, August 31, 2011
Nasib kanak kanak jika tidak dirawat
segera telinga nya akan dipotong.
segera telinga nya akan dipotong.
Semalam pasukan perubatan Kelab Putera 1 Malaysia menjalankan misi bantuan kepada pesakit disekitar Bandar Mogadishu Somalia yang mana bantuan diberikan di Hospital Pakar Dar Shifa.
Mereka yang kurang berkemampuan yang mana hidup merempat turut diberikan rawatan secara percuma dan turut diberikan suntikan vaksin. Turut mendapat rawatan adalah pesakit di Hospital pakar Dar Shifa yang terlantar disana.
Untuk makluman Hospital pakar Dar Shifa ini merupakan satu satunya hospital pakar dalam bandar Mogadishu. Walaupun namanya pakar namun tidaklah seperti apa yang tertulis diatas kertas kerana kedaifan menyelubungi hospital tersebut.
Gambar Gambar sekitar di Hospital Pakar Dar Shifa yang mana para Doctor Misi Sukarelawan kelab Putera 1 Malaysia melakukan khidmat mereka kepada para pesakit:
Hari ini difahamkan para doctor Misi Kelab Putera 1 Malaysia akan merawat kira kira 500 orang mereka yang merupakan pelarian dalam bandar Mogadishu di Hospital Dar Shifa ini. laporan lanjut akan menyusul.
Vide Lelaki ini cedera ditembak tentera Al Shabab
Betapa untung kita di Malaysia, Hospital kerajaan yang serba lengkap dan canggih hanya mengenakan bayaran RM1 buat para pesakitnya. Jika kes kes Kronik pula harganya adalah amat rendah sama sekali.
belum lagi kita kira dengan apa yang dilakukan Dato Seri Najib Razak melalui Klinik 1 Malaysia yang ditempatkan dikawasan penduduk padat yang mana ianya memberikan satu khidmat yang baik buat rakyat Malaysia.
Inilah hakikat sebenar dalam kehidupan, bila kita sampai ke tempat orang baru kita tahu betapa untungnya kita hidup dibumi bertuah Malaysia tercinta.
Post a Comment